Perbarisan Mungkin Akan Dilewatkan Sedikit - Mayor

Wartawan : Yusak Yumboris

Foto : Shahvian Mohd Razali/Jeffren Malaning/Johny Joklis


KOTA KINABALU:  Acara Perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini mungkin akan dilewatkan sedikit, kata Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin.

Sabin (tengah) ketika ditemui media.


"Berdasarkan cuaca dua hari yang sebelum ini, didapati pada sekitar jam 9 pagi cuaca bertambah baik. 

"Oleh itu, pada 31 haribulan ini, acara perbarisan kemungkinan akan dilewatkan sedikit pada masa yang akan dimaklumkan kepada para peserta kontinjen dan para jemputan," katanya kepada media selepas Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024, pada Khamis.

Mengulas mengenai persiapan, Sabin memaklumkan, ia berjalan lancar dan persiapan yang telah dibuat oleh ahli jawatankuasa hampir mencapai 95 peratus. 

Suasana ketika raptai penuh Hari Kebangsaan 2024 sedang berlangsung.


"Ini disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan pada awal pagi dan mengakibatkan sebahagian daripada peralatan yang digunakan pada 31 Ogos nanti tidak digunakan ataupun dipasang pada hari ini untuk mengelakkannya daripada rosak.

"Kita akan mengadakan satu persembahan yang terbaik berdasarkan komitmen daripada semua peserta kontinjen dan terdapat 186 kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-67 pada tahun ini.

"Untuk pertandingan, ianya akan diadili oleh mereka daripada pasukan beruniform dan kita telah memaklumkan kepada semua peserta ataupun kontinjen.

 "Persediaan yang mereka lakukan terutama sekali dari segi bilangan minimum peserta yang mesti ada dalam satu pasukan kontinjen.

"Jadi, sekiranya mereka tidak dapat memberikan bilangan yang minimum pada hari tersebut, kita akan batalkan penyertaan mereka," jelas beliau./Penerangan-


Suasana ketika raptai penuh Hari Kebangsaan 2024 sedang berlangsung.



Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri