TPNS Belanja RM400,000 Bantu Pelajar Sabah

Wartawan : Mohd Haizul Rohani

Foto : Johny George Kimlon


KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) membelanjakan lebih RM400,000 untuk membantu pelajar-pelajar Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata seramai 49 orang pelajar dari pelbagai bidang di dalam dan luar negara menerima manfaat TPNS dengan jumlah melebihi RM400,000.

Arifin menyantuni para penerima dalam majlis penyerahan tersebut.


"Ini adalah kali keenam kita mengadakan program menyampaikan bantuan daripada TPNS dan hari ini ada 49 orang pelajar meliputi jumlah kewangan daripada tabung ini lebih RM400,000.

"Semua ini untuk membantu anak-anak kita dalam bidang pendidikan termasuk yuran, bantuan sara hidup mereka dan bantuan ini juga untuk pelajar di dalam dan di luar negara ,ada yang di jordan di Universiti Al-Azhar, semua kita bantu", kata Arifin.

"Tujuannnya sepertimana yang diharapkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor agar dapat membantu anak-anak kita di samping TPNS ini mendokong apa yang ada misalnya daripada Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri, daripada inisiatif di Pejabat Tugas-tugas Khas ini kita sebagai pendokong dan 

"Setakat ini kita telah membelanjakan lebih kurang enam juta untuk membantu lebih kurang 5,000 orang pelajar mendapat manfaat daripada jumlah berkenaan", kata Arifin lagi.

"Pada tahun atas inisiatif daripada Ketua Menteri kita mendapat juga sumbangan tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan semakin bertambah tabung kita semakin banyak boleh kita bantu untuk anak-anak kita dalam bidang pendidikan dan pembelajaran mereka," katanya semasa ditemui media dalam Majlis Penyampaian Anugerah Dan Sumbangan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) Kepada Pelajar IPTA/IPTS Bersama Yayasan Sabah.

Arfin turut berharap bantuan tersebut dapat membantu mengurangkan beban pelajar dalam bidang yang mereka ceburi.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar @ Yusof Khan Bahadar dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin./Penerangan-

Arifin (baris kedua, tengah) bergambar bersama para penerima.


Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri