Tun Juhar Hadir Majlis Tahlil, Bacaan Doa Selamat Sempena Hari Kebangsaan.
Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Tahlil Dan Bacaan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024.
Tun Juhar (empat dari kiri) tiba di Masjid Nurul Hikmah. |
Tun Juhar (tiga dari kanan) bersama jemaah yang lain membaca surah Yasin. |
Majlis tersebut diadakan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dihadiri oleh lebih seribu jemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin.
Tun Juhar (dua dari kanan) mengerjakan solat sunat. |
Kemudian, Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar memimpin bacaan doa selamat selain menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Menghargai Nikmat Kemerdekaan manakala Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.
Jemaah yang mengikuti bacaan Yasin. |
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Roslan Muharram.
Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin dan PesuruhJaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun./Penerangan-
Comments
Post a Comment