Kunjungan Hormat Pengerusi Shell Malaysia Kepada TYT Sabah

 Wartawan    :
Jurufoto        :


KOTA KINABALU:   Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.


CENDERAHATI... Tun Juhar (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada siti (tiga dari kiri) dalam kunjungan tersebut.


 KENANGAN.. Siti (dua dari kiri) dan rombongan bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah).

Siti (kiri)ketika melaporkan perkembangan Shell Sabah kepada Tun Juhar (kanan).


Menurut Siti  Hurrairah, kunjungan itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan terkini Shell Malaysia di Sabah serta kemajuan dalam perniagaan selain mengeratkan perhubungan dengan kerajaan Sabah.


"Saya amat berharap kita akan dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan kerajaan Sabah.

"Shell telah berada di Sabah selama lebih 40 tahun dan saya berharap kami akan dapat mengekalkan keberadaan kami untuk masa akan datang," jelas beliau.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Pengurus Besar  Shell Sabah, Wong Kim Mun; Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Jonathan Jolly serta Penasihat, Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Liz Kumar./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri