Program Cream@YWE Berjaya Lahir Jutawan Wanita Muda Sabah - James

 Wartawan        : Idris Sani Saberun

Jurufoto            : Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU: Program Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs (Cream@YWE) berjaya melahirkan jutawan dalam kalangan wanita muda (Creamers) Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, sebanyak lapan orang usahawan muda telah berjaya mencapai hasil jualan melebihi RM1 juta semenjak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2020.

GRADUAN... Seramai 53 peserta Program Cream@YWE Kumpulan 3 bergambar kenangan sejurus majlis penyampaian sijil.

"Pada tahun 2020 seramai tiga orang Creamers telah mencapai jualan RM1 Juta setahun dan diikuti dua orang pada tahun 2023 manakala pada tahun ini (Cream@YWE Kumpulan 3) seramai tiga orang turut mencapai hasil jualan yang sama.

Dr Tarsiah (tengah), Dr Imelda (lima dari kiri), Valentine (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama lapan daripada 10 penerima Sijil Graduan Terbaik Cream@YWE  Kumpulan 3.

"Program Cream@YWE anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan pelbagai agensi berkaitan ini dianjurkan bertujuan bagi memperkasakan wanita dalam aspek melahirkan usahawan wanita muda yang berwibawa, cemerlang dan gemilang.

"Program ini juga mensasarkan kepada para peserta untuk menjadi 'Game Changer' atau 'Job Creator' dan berdaya saing bagi mencapai status 'Jutawan'.

Dr Tarsiah (dua dari kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada salah seorang tenaga pengajar disaksikan Dr Imelda (kiri) dan Valentine (kanan).

"Selain daripada itu, program ini juga meningkatkan akses kepada prasarana perniagaan termasuklah pasaran, pembiayaan, maklumat, teknologi dan komunikasi," katanya pada majlis Graduasi  Cream@YWE Kumpulan 3 di Sabah International Convention Centre (SICC) disini pada Ahad.

 Ng Sui Yee (dua dari kiri) antara penerima Sijil Graduan Terbaik daripada Dr Tarsiah sambil disaksikan Dr Imelda (kiri) dan Valentine (kanan).

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi MPWS merangkap Penasihat Program Cream@YWE Kumpulan 3 Datuk Dr Tarsiah TZ Taman.

Kata James, kementeriannya melalui JHEWA dan MPWS sentiasa menyokong pembangunan wanita bagi memastikan golongan wanita tidak hanya berperanan sebagai individu tetapi juga sebagai pemimpin dan agen perubahan dalam masyarakat.

Dr Tarsiah (duduk tengah) bersama-sama wakil agensi kerajaan yang turut menyumbangkan kepakaran sepanjang Program Cream@YWE Kumpulan 3.

"Kementerian ini sentiasa berusaha untuk memperkasakan wanita dan menggalakkan penyertaan wanita dalam sektor perniagaan dan memberi akses kepada sumber yang diperlukan seperti menyediakan bantuan geran, kursus-kursus kemahiran dan peluang perniagaan.

"Salah satu inisiatif kementerian adalah termasuk program promosi keusahawanan yang bakal dilaksanakan oleh JHEWA yang membolehkan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri melalui pemasaran produk usahawan wanita di pusat membeli belah.

"Melalui pelbagai inisiatif ini, kementerian menunjukkan komitmen yang kuat untuk memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan, menjadikan mereka bukan sahaja peserta aktif dalam ekonomi, tetapi juga pemimpin dalam bidang perniagaan.

"Justeru, inisiatif kerajaan 'Sabah Maju Jaya' melalui pelbagai kementerian termasuklah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat akan terus melaksanakan dan menyokong pelbagai usaha pembangunan wanita untuk meningkatkan daya saing perusahaan mikro kecil dan sederhana di Sabah.

Pada majlis tersebut seramai 53 orang usahawan wanita muda menerima Sijil Tamat Kursus yang berlangsung selama enam bulan manakala 10 orang menerima Sijil Graduan Terbaik.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Moira David, Ahli Jawatankuasa Induk MPWS merangkap Pengetua  Cream@YWE  Kumpulan 3 Prof Madya Dr Imelda Elbert Gisip dan Pengarah SME Corporation Malaysia Cawangan Sabah Valentine Thomas./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri