Festival ROK Medan Pamer Muzik Tradisi

Wartawan : Bustan Made Aming

Foto : Merusin Minuddin

KOTA KINABALU: Festival Rhythms Of Kinabalu (ROK) menjadi medan mengetengahkan elemen muzik tradisi sebagai asas persembahan.

 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin berkata, ROK menjadi platform artis-artis tempatan mempersembahkan lagu-lagu etnik yang unik.



Josie ketika berucap pada festival tersebut.


"Konsert Gala 2024 ROK menyajikan persembahan bakat, pameran dan demonstrasi produk yang mampu mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti seni serta budaya.

 

 

"Hal ini memandangkan Sabah terkenal dengan kepelbagaian tradisi dan budaya etniknya merangkumi 31 etnik dengan 207 sub etnik,” katanya.

 

 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Josie Lai Mei Sing sempena Majlis Perasmian ROK 2024 di Lintasan Deasoka pada Sabtu.

 

Menurut beliau, festival itu turut menjana ekonomi sektor pelancongan, mempamerkan seni budaya tradisi dan memperkasakan sektor pelancongan berasaskan kebudayaan.


MENARIK.. antara persembahan yang menarik.


"Kepada pengusaha pelancongan terutama sektor swasta, jalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi agar idea inovatif yang baru dapat menjadi promosi kepada produk pelancongan yang baharu di Sabah,” ujarnya.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JLKN), Mohd Amran Mohd Haris memaklumkan usaha sedang dilakukan untuk menjadikan ROK sebagai jenama yang mengangkat budaya Sabah.

 

"Paling penting, kita mahu jenamakan ROK ini dengan mempamerkan keunikan budaya dan seni negeri Sabah itu sendiri seperti Sarawak dengan Festival Muzik Rainforest," ujarnya.

Diharapkan ROK dapat menjadi salah satu produk promosi menjelang tahun melawat Malaysia 2026 akan datang.


Josie (belkang,tengah) bergambar kenangan bersama kumpulan yang menjayakan persembahan.


Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri