KUSKOP Akan Menjalankan Kajian Terhadap Program PROTEGE - Ewon
Wartawan : Siscalistorina Janius
Foto : Vicky S. Matanjang
Kota kinabalu: Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menjalankan kajian dan penilaian terhadap pelaksanaan program PROTEGE sepanjang Rancangan Malaysia ke-12 (RMK)bagi memastikan pelaksanaannya diteruskan dalam RMK-13.
Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick berkata, program berkenaan penting sebagai platform mahasiswa dan graduan dalam menceburi dalam bidang keusahawanan serta meneroka peluang pekerjaan dengan penglibatan pelbagai syarikat, kajian tersebut juga penting bagi memperoleh dapatan potensi pelaksanaan PROTEGE diteruskan dalam RMK-13.
"Sekiranya kajian itu memberi dapatan yang positif mudah-mudahan kita dapat laksanakan pada RMK-13 ianya penting kerana program itu memberi peluang kepada mahasiswa dan graduan dalam pekerjaan dengan penglibatan dan penyertaan banyak syarikat yang ingin mengambil mahasiswa sebagai pelatih mereka dan seterusnya bekerja dengan syarikat tersebut dan platform menceburi dalam bidang keusahawanan.
"Di samping itu, penting kerana Rancangan Malaysia ke-13 itu libat urus perancangan RMK-13 sedang berlangsung sekarang dan saya perlu mempertahankan inisiatif-inisiatif yang baik yang telah dilaksanakan oleh para pegawai di kementerian saya dan juga syor-syor inisiatif baharu yang saya perlu bawa dalam pelaksanaan RMK-13 bagi KUSKOP.
"Saya berharap program PROTEGE ini dapat memberi manfaat kepada para peserta khususnya di kalangan mahasiswa dan graduan di Sabah yang hadir sepanjang Karnival ini, PROTEGE ini juga memfokuskan kepada penyertaan mahasiswa terutamanya graduan yang baru,"katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival PROTEGE KUSKOP Zon Borneo (Sabah) di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Ahad.
EWON (empat dari kiri) ketika bergambar kenangan bersama para penerima sijil program dalam majlis tersebut. |
Ewon turut menyatakan bagi memastikan mahasiswa dan graduan di malaysia berada dalam sektor keusahawanan KUSKOP melalui PROTEGE melaksanakan banyak program keusahawanan melibatkan mahasiswa dan graduan bagi tahun 2024.
"Sehingga kini seramai 60,649 mahasiswa dan graduan telah mengikuti pelbagai program keusahawanan PROTEGE di bawah RMK-12.
"Selain itu, seramai 31,484 graduan telah mendapat mendapat manfaat daripada program PROTEGE Ready To Work (PROTEGE-RTW) daripada tahun 2021 sehingga September tahun ini dan seramai 2,324 peserta yang melibatkan 149 syarikat dari sabah menyertai program PROTEGE-RTW," jelas beliau.
Dalam majlis tersebut, turut berlangsung sesi Pertukaran Surat Niat antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), kerjasama strategik ini melibatkan pemindahan pengetahuan, penyelidikan dan pemindahan kepakaran antara pelajar UMS dan pegawai IKMa.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin./Penerangan-
Comments
Post a Comment