Tamu Besar KB Sasar 100,000 Pengunjung

 Wartawan        : Hamidah Len

Jurufoto            : Vicky Sylvester Matanjang

KOTA KINABALU:  Penganjur Tamu Besar Kota Belud 2024 menyasarkan 100,000 pengunjung hadir sepanjang program berkenaan berlangsung sehingga 3 November ini. 

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah berkata, pelbagai acara menarik serta booth-booth jualan selain penganjuran berskala besar adalah tarikan utama yang akan menarik orang ramai untuk datang.

Diyanah ketika ditemubual di konti SabahFM.

"Tamu Besar KB memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kekayaan seni, budaya dan tradisi masyarakat Sabah sekaligus menarik pelancong dari dalam serta luar negara.

"Penganjuran kali ini dilaksanakan dengan skala yang lebih besar yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November akan datang.

Diyanah ketika ditemubual di konti SabahFM.

"Majlis perasmian akan diadakan di padang pekan Kota Belud dan akan diikuti dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran dan jualan produk kraf, komuniti, serta tradisional," ujarnya ketika ditemubual SabahFM, pada Selasa.

Menurut Diana, penganjuran kali ini melibatkan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri Sabah yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Diyanah memaklumkan artis terkenal seperti Awie akan membuat persembahan pada Sabtu ini.

Diana turut memaklumkan terdapat perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan orang ramai datang ke tapak program. 

"Saya menyeru kepada semua yang berada di KB dan daerah berhampiran seperti Kota Kinabalu dan Tuaran untuk datang beramai-ramai memeriahkan program tersebut yang berlangsung selama tiga hari.

Diyanah (tengah) bergambar kenangan di konti SabahFM.

"Pihak penganjur juga telah menyediakan bas di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Usukan, Kadamaian, Pintasan dan Tempasuk.

"Terdapat tapak letak kenderaan disediakan di perkarangan berhampiran tapak program tamu selain perkhidmatan shuttle kepada para pengunjung untuk ke padang pekan KB," jelasnya.

Tamu KB merupakan tamu tertua Sabah yang awalnya dikenali sebagai Tamu Tempasuk dan telah dimulakan oleh Residen British pertama di Tempasuk, William Pretyman, pada 13 Disember 1878 dengan tapak asal berada di Kampung Siasai.

Beroperasi seawal jam 6 pagi, Tamu Tempasuk menjadi pusat pertemuan dan perniagaan masyarakat pelbagai kaum antaranya Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina pada ketika itu./Penerangan-



Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri