Kerajaan Persekutuan Teruskan Usaha Tingkat Prestasi Cukai, Pelaburan di Sabah

Wartawan : Siscalistorina Janius
Foto : Volintine Jiloh




KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha membantu kerajaan negeri meningkatkan prestasi sumber cukai, pelaburan dan pelbagai aspek lain dari masa ke semasa.


Tun Juhar (tiga dari kanan) ketika sesi perbincangan bersama Rosli (tiga dari kiri).

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata pihaknya telah berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah berkaitan usaha meningkatkan hasil melalui pungutan cukai.

"Berdasarkan tugas penjawat awam, selain daripada kita memberi bantuan sumbangan dan pelaburan, kita juga ingin lihat supaya jabatan persekutuan negeri dapat menjadi agensi yang melibatkan enterprising knowledge dan enterprising agency supaya hasil negara-negeri ini terus meningkat dari masa ke masa.


Tun Juhar (dua dari kiri) menerima cek cura dari Rosli (kiri).

"Kita akan terus membantu meningkatkan prestasi sumber cukai negeri di Sabah ini kerana masih lagi agak rendah berbanding dengan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan Negeri," ujarnya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.



Tun Juhar (tengah) menerima cenderamata daripada Rosli (dua dari kiri).


Selain itu, Rosli memaklumkan terdapat lebih kurang 400 projek pembangunan di Sabah yang masih belum bermula dan dibimbangi memberi kerugian kepada Sabah.

Rosli ketika ditemui media.

KENANGAN..Tun Juhar (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan Rosli (tiga dari kiri) berserta rombongan.

"Di Sabah ini terdapat lebih kurang 400 lebih projek pembangunan yang masih di peringkat belum mula dan pihak kita berperanan untuk melihat supaya pembangunan itu dapat disegerakan kerana jika tidak sudah pasti akan menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri," katanya./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar