Program Berkhatan Beramai-ramai Ringankan Beban Ibu Bapa
Wartawan : Deonalissa Jekee Edin Foto : Merusin Minuddin TUARAN : Program berkhatan beramai-ramai dapat membantu meringankan beban keluarga khususnya para ibu bapa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya berkata, program tersebut memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak yang berkhatan tetapi juga golongan ibu bapa. Jasnih (depan, tengah) ketika ditemui media. "Program ini merupakan salah satu cara kita membantu ataupun memberi sumbangan berupa tenaga kepada keluarga, terutamanya kedua-dua ibu bapa. "Sebab kos untuk berkhatan ini bukanlah kos yang rendah dan kalau untuk keluarga biasa, perlu ada janji temu dengan doktor, perlu cari masa. "Oleh itu, kita gabungkan ramai anak-anak ini supaya boleh mendapat satu slot di mana kita panggil Kementerian Kesihatan dan juga bomba untuk sekali gus raikan mereka ini. KENANGAN...Jasnih (lapan dari kiri) bergambar kenangan bersama kanak-kanak yamg terlibat. "Selain itu, manfaat untuk...