Kolaborasi JAPEN, DOSM Diperkasa Promosikan PADU
Wartawan : Suzaima Ibrahim
Jurufoto : Vicky Sylvester Matanjang
KOTA KINABALU : Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah akan terus memperkasakan kolaborasi dalam mempromosikan Pangkalan Data Utama (PADU).
Pengarahnya, Amri Idris berkata kerjasama antara agensi kerajaan amat penting dalam mempromosikan dasar dan pengumpulan data seperti sistem PADU bagi fasa seterusnya.
“Kita akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Penerangan Negeri Sabah mengenai kerjasama yang bakal dilaksanakan melibatkan Jabatan Perangkaan.
"Antaranya yang kita nampak dari segi aktiviti untuk kerja-kerja publisiti melibatkan PADU dan kerja-kerja melibatkan pengumpulan data di peringkat Jabatan Perangkaan.
"Salah satu hasrat kita, kita nak bekerjasama dengan agensi yang mana mempunyai kepakaran dalam menyebarkan tentang maklumat kerajaan dan juga maklumat apa yang Jabatan Perangkaan laksanakan melibatkan program-program di Sabah.
“Dari segi prestasi fasa pertama yang sebelum ini kita dapati untuk peringkat Negeri Sabah sudah mencapai 52.8 peratus," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, pada Selasa.
Jainisah (kanan) menerima cenderamata daripada Amri (kiri). |
Amri (tengah) ketika membentangkan slide PADU. |
Jainisah (kiri) ketika sesi perbincangan bersama Amri (dua dari kiri). |
Amri ketika ditemui media. |
Beliau turut menggesa golongan masyarakat yang belum membuat pengemaskinian tersebut dapat mengambil peluang apabila pelaksanaan PADU fasa kedua dilaksanakan kelak.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan JAPEN, Siti Mariam Aziz Rashid, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JAPEN, Edi Rizam Kasim , Pegawai Penerangan Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) JAPEN, Ali Zulhafiz Abdul Ghafar, Penolong Pengarah DOSM, Sharul Nizam serta Penolong Pengarah DOSM, Maznah Amirah Muhamad Amin./Penerangan-
Comments
Post a Comment