Perkasakan Lagi Program Ilmuan Islam Tahun Ini - Arifin
Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata program-program tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kita akan mengadakan program seumpama ini dengan mengundang lebih ramai penceramah-penceramah serta tokoh ilmuwan yang terkenal pada tahun ini dan akan membawa mereka ke seluruh pelosok daerah.
“Beberapa program bersama antaranya berbuka puasa, seminar Al-Quran, bicara Al-Quran dan program Nuzul Quran yang akan mengundang tokoh terkenal untuk memperdalamkan perbincangan mengenai bidang ini,” ujar beliau semasa ditemui media dalam program Ceramah Khas Sempena Sambutan Israk Mikraj Tahun 1446H/2025M di Masjid Negeri dekat Sembulan.
Fauwaz semasa memberikan ceramah. |
Arifin semasa ditemui media. |
Arifin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf. |
Dalam majlis tersebut, penceramah jemputan Fauwaz Mohd Fadhil dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan peristiwa Israk Mikraj serta pengajarannya kepada generasi kini.
Turut berlangsung, penyampaian sumbangan wang tunai daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada 30 asnaf yang disempurnakan oleh Arifin.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani dan Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad./Penerangan-
Comments
Post a Comment