500 Individu sertai Program Permukiman Komuniti MADANI Zon Sabah

Wartawan    :  Idris Sani Saberun
Jurufoto        : Shahvian Mohd Razali


SANDAKAN: Seramai 500 peserta daripada 109 Komuniti MADANI Negeri Sabah menyertai Program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam kenyataan media berkata, program itu merupakan inisiatif strategik bertujuan memperkasakan komuniti sebagai ejen komunikasi berwibawa, selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.


"Komuniti MADANI memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, bagi memastikan penyampaian maklumat dasar serta inisiatif negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.


Sempena program itu, Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Sabah turut dianjurkan dengan penyertaan seramai 150 peserta.


 Fahmi menandatangani salah satu banner yang dibawa Komuniti MADANI. 

KENANGAN... Fahmi (tengah), Fauzi (lima dari kiri), Julina (tujuh dari kanan) dan Jainisah (enam dari kanan) bergambar kenangan sejurus sesi interaksi Menteri Komunikasi bersama Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah. 

. IKRAR... Penerapan Rukun Negara turut diterapkan dalam Program Pemukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah

Fahmi menjelaskan tentang peranan Komuniti MADANI dalam  mewujudkan komuniti celik maklumat. 

Berasaskan konsep Training-of-Trainers (ToT), ASAS memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran komunikasi peserta, bagi memperkasa penyebaran maklumat secara lebih berstruktur dan efektif kepada masyarakat setempat.


Fahmi berkata, peserta ASAS turut didedahkan dengan teknik penyampaian komunikasi berkualiti, seiring keperluan mewujudkan komuniti celik maklumat yang mampu menangkis penularan maklumat palsu serta memastikan maklumat sahih disampaikan kepada rakyat.


Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Komunika

si dalam memperkukuhkan jaringan komunikasi akar umbi serta membudayakan aspirasi Malaysia MADANI di seluruh negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Julina Johan; dan Pengarah JAPEN Negeri Sabah, Jainisah Mohd. Noor/Penerangan


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah