Projek Kampung Angkat MADANI Kg Pituru Siap Dilaksanakan

Wartawan : Awang Zebul Awang Tusuf
Jurufoto    : Awang Zebul Awang Tusuf


KOTA BELUD : Bagi merapatkan jurang kemudahan antara kawasan bandar dan desa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjaya menyiapkan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Pituru, di sini.


Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Abd. Shukor Mahmood berkata, antara projek yang berjaya disiapkan di kampung itu termasuk pembinaan jeti sepanjang 110 meter berserta rumah jeti dan menaik taraf jalan Kg. Pituru Laut sepanjang 650 meter.


"Turut dilaksanakan ialah pembinaan tembok penahan ombak sepanjang 120 meter, pembinaan dewan serbaguna, stor peralatan dan pemasangan penghawa dingin di Surau Imam Sindok.


"Selain itu, satu projek tambahan melibatkan pembinaan pintu gerbang, gazebo dan papan tanda turut dilaksanakan dengan keseluruhan nilai projek berjumlah RM2.5 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Kampung Angkat MADANI: Kampung Pituru, pada Sabtu.


Dalam ucapannya, beliau menekankan tiga objektif utama program itu, iaitu untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara bandar dan desa, melengkapkan kemudahan asas di kawasan desa secara holistik serta mengenal pasti kaedah terbaik menyelesaikan isu infrastruktur.


Papan tanda pembinaan jeti sepanjang 110 meter dan rumah jeti.

 Abd Shukor (tiga kanan) bersama penduduk kampung bergambar di hadapan Dewan Komuniti Kg Pituru.

Abd Shukor (duduk lima dari kanan, baris kedua) bergambar kenangan bersama penduduk Kg Pituru.

Sebagai usaha memperkukuh kemudahan asas, JPM turut bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam melaksanakan pemasangan telaga tiub bagi kegunaan penduduk kampung.


"Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan dengan pembiayaan penuh daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah," ujarnya.


Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, Datuk Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid;Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton serta Ketua Kampung Pituru Laut, Sining Lakim./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah