RTM Perintis Hasilkan Lebih Banyak Karya Seni Tempatan

Wartawan : Hamidah Len
Foto : Azman Jumat



KOTA KINABALU: Teater Muzikal Seni Warisan Pentas Alap Bana terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah dilihat mampu menjadi perintis kepada penghasilan lebih banyak seni warisan tempatan di negeri ini.


TERIMA… Joniston (lima dari kanan) menerima cenderakenangan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pementasan teater muzikal yang mengetengahkan keunikan seni warisan itu memperlihatkan kepelbagaian budaya etnik utama di Sabah.

“Satu pementasan yang begitu menarik sekali, bukan sahaja berjaya memperkenalkan, mempopularkan, malah memartabatkan seni budaya Sabah dalam semua aspek.


PENAMPILAN ISTIMEWA… Ryna (kanan) Ratu Lepa 2019 bersama Tommy dalam pementasan Teater Muzikal.

Bella Astillah melakonkan watak Ratu Serimpak dalam pementasan teater yang diadakan.

“Saya berharap pementasan seperti ini diadakan lebih kerap kerana ia dapat membantu memastikan generasi muda menghargai kekayaan seni budaya yang pelbagai di negeri ini,” katanya.

Joniston berkata demikian selepas menghadiri pementasan Teater Muzikal Seni Warisan Pentas Alap Bana yang dihadiri lebih 500 penonton di Auditorium JKKN Sabah, pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, beliau menyeru penggiat seni tempatan supaya lebih proaktif dan kreatif dalam menghasilkan karya seni yang bukan sahaja mampu mengangkat budaya, tetapi turut berpotensi menjadi produk pelancongan, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada rakyat.

Menurut beliau, golongan penggiat seni perlu memanfaatkan peruntukan lebih RM100 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi membangunkan lebih banyak produk seni berasaskan pelancongan pada tahun ini.

Program berkenaan merupakan kolaborasi antara RTM Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Persatuan Rumpun Bajausamah Sabah (PRBSS), Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN)./Penerangan


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah