Anwar Tunai Solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah
Wartawan : Zuraidah Ahmad
Foto : Shahvian Mohd Razali
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang dekat sini, hari ini.
![]() |
| SOLAT…Anwar (dua dari kanan) bersama-sana Shahelmey (kanan), Hajiji (tiga dari kanan) dan Arifin menunaikan Solat Jumaat. |
![]() |
| DOA…Anwar (dua dari kanan) mengaminkan doa. |
Solat yang disertai kira-kira 300 umat Islam itu diimamkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ustaz Ag Juri Ag Tahir.
![]() |
| Anwar menyantuni para jemaah di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang. |
Selesai solat, Anwar yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor , Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif meluangkan masa menyantuni para jemaah termasuk golongan kanak-kanak./Penerangan-




Comments
Post a Comment