Green Steel Sasar Bina Sistem Hijau, Bantu Industri Keluli

 Wartawan  :  Zuraidah Ahmad
 Foto :  Johny George Kimlon / Jeffren Malaning


KOTA KINABALU:     Projek Green Esteel menyasarkan pembinaan sistem hijau meliputi keseluruhan rantaian industri dan membantu meningkatkan industri keluli di Malaysia.

Pengarah Kumpulan Esteel, Jiang Hairong berkata Green Esteel sentiasa berpegang kepada idea pembangunan inovasi dan amalan hijau.

"Untuk kemajuan projek pada masa hadapan, kami masih memerlukan sokongan kerajaan dalam dasar dan teknologi. 

Jiang (empat dari kanan) mengiringi Anwar (tengah) dan Hajiji (empat dari kiri) menyempurnakan gimik peluncuran projek Esteel.


"Kami amat percaya dengan usaha bersama kerajaan dan syarikat kami, projek ini akan memulakan pengeluaran secepat mungkin dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, perlindungan alam sekitar dan penciptaan pekerjaan," katanya dalam Majlis Peluncuran Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. (Esteel) Fasa 1 di sini, pada Jumaat.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Pengarah Kumpulan Esteel, Jiang Hairong ketika menyampaikan ucapan aluan dalam
majlis tersebut.



Ketika berucap, beliau menyatakan komitmen syarikat untuk sentiasa mematuhi kontrak dan mempromosikan projek dengan piawaian antarabangsa dan semangat profesional.

"Semasa pembinaan, kami akan mematuhi arahan kerajaan dengan tegas dan bekerjasama rapat dengan semua pihak.

Pengarah Kumpulan Esteel, Jiang Hairong ketika menyampaikan ucapan aluan
 dalam majlis tersebut.


"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri Sabah di atas sokongan padu mereka. 

"Daripada bantuan dasar kepada penyelarasan kelulusan, daripada sambungan sumber kepada perancangan kemudahan sokongan, sokongan menyeluruh daripada kerajaan telah memastikan kejayaan pelaksanaan projek ini. 

Jiang (lima dari kanan) bersama Anwar dan Hajiji (tiga dari kiri) di meja utama.


"Kepercayaan yang diberikan oleh mereka ini bukan sahaja sebagai dorongan tetapi juga tanggungjawab yang besar," ujarnya.

Sabah menerima pelaburan hampir RM20 bilion menerusi projek green steel yang dikendalikan Esteel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bermula tahun November 2022./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah