Anwar Berangkat Pulang Selesai Lawatan Kerja Dua Hari di Sabah

 Wartawan    : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto    : 
Johny George Kimlon


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menyempurnakan lawatan kerja rasmi dua hari di Sabah.

Beliau berlepas menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.13 malam.


DOA… Anwar (tiga dari kiri) mengaminkan bacaan doa yang dipimpin Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Ag Tahir.

MESRA… Safar (dua dari kanan) menyambut ketibaan Anwar di KKIA.

 LAMBAIAN… Anwar melambaikan tangan kepada semua yang hadir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

BERSALAMAN… Anwar (dua dari kiri) bersalaman dengan para petugas yang hadir.


Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang menaiki pesawat sama ke ibu negara.

Hadir di KKIA bagi mengiringi keberangkatan Anwar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Samin Sabitha; dan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Syahrin Samsir./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah