Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Penggal Kedua
Jurufoto : Jeffren Malaning
Wartawan : Hamidah Len
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua, pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Selepas mengangkat sumpah, Hajiji menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Tun Musa (kanan) menyaksikan Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.
![]() |
| Hajiji ketika bacaan doa selepas lafaz angkat sumpah. |
![]() |
| Hajiji ketika melafaz angkat sumpah Ketua Menteri Sabah. |
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-17 itu bermula pada 3.05 pagi dan turut dihadiri Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam
Hadir sama, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun serta Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari./Penerangan-


Comments
Post a Comment