PMX Tiba di KKIA 12.16 Tengah Malam

Wartawan : Idris Sani Saberun

Foto : Johny G. Kimlon


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.16 tengah malam selepas menamatkan rangka lawatan kerja di Sandakan dan Tawau. 


Ketibaan Anuar disambut Safar (kanan) sejurus tiba di Terminal 2 KKIA.




Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Dr Sabin Samitah serta ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Beliau dijadualkan menghadiri beberapa program antaranya pertemuan bersama pimpinan masyarakat tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Dewan Kebudayaan Bajau Samah sebelum berlepas dengan helikopter khas ke Bongawan.

Pada sebelah malam, beliau dijangka menghadiri Jamuan Makan Malam bersama masyarakat setempat di Putera Ballroom, Luyang sebelum bertolak ke Putatan bagi menyantuni masyarakat dalam program Karnival Harapan Urang Sabah di Petagas.

Perdana Menteri mengakhiri rangka lawatan dua hari di Sabah dengan menghadiri acara Grand Finale Api-Api di Tapak Parkir Stadium Likas sebelum bertolak pulang ke ibu negara.


Anwar sempat meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri yang hadir di Terminal 2 KKIA.




Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah