PRU Dewan Undangan Sabah - GRS Raih 29 Kerusi

Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto    : 
Johny George Kimlon


KOTA KINABALU:  Keputusan rasmi penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 memperlihatkan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih 29 kerusi.


Dalam sidang media yang berlangsung kira-kira jam 2.17 pagi Ahad, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan Parti Warisan Sabah (Warisan) ketinggalan empat kerusi dengan 25 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh enam kerusi dan Bebas lima kerusi.

Ramlan (tengah) ketika mengumumkan keputusan rasmi penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Ramlan (tengah) ketika mengumumkan keputusan rasmi penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.


Sementara itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mendapat tiga kerusi diikuti Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) dengan dua kerusi manakala Parti Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing satu kerusi. 

Menurut Ramlan, PRU Dewan Undangan Sabah kali ini menyaksikan seramai 1,148,476 orang merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos dengan kadar 64.35 peratus telah keluar mengundi dalam pilihan raya, pada Sabtu.

Ujarnya, keputusan terbabit disembah maklum kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah