Rina Santuni Anak-Anak Istimewa PPDK Ranau

Wartawan : Afisya S

Foto : Norazuwan Mohd Yussof


RANAU: Pembantu Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal menyantuni seramai 80 anak-anak istimewa dan orang kurang upaya, pada Rabu.


Rina beramah mesra dengan golongan istimewa dan kurang upaya di PPDK Ranau. 


Beliau berkata program Kunjungan Kasih ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau itu bertujuan memastikan kebajikan serta pembangunan golongan istimewa terus diberi perhatian, khususnya di peringkat komuniti selaras dengan usaha memperkasa kesejahteraan rakyat.

Kunjungan berkenaan juga diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri, pengurusan PPDK dan masyarakat setempat dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pemulihan.


Linda (kanan) menyerahkan cek cura kepada Jabay dan turut disaksikan Rina (tengah). 

Pada majlis sama, PUSPANITA dan MUTIARA-GRS masing-masing menyumbangkan RM1,000 kepada PPDK Ranau bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta keperluan pusat berkenaan.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA-GRS, Datin Seri Panglima Linda Ewit; Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Asri Jais; serta Pengerusi PPDK Ranau, Jabay Surugau./Penerangan-


KENANGAN...  Rina bergambar bersama tetamu yang hadir.


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah