Tea Talk Japen' Sabah Tingkat Kesedaran Rohani
Wartawan : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto : Azman Jumat PENAMPANG: Penganjuran Program TeaTalk edisi Ramadan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah menjadi antara platform meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang nilai rohani bulan Ramadan. Pengarah JAPEN Sabah Jainisah Mohd Noor berkata, program itu juga disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Facebook dan TikTok rasmi Japen Sabah yang membolehkan masyarakat umum mengikuti majlis ilmu tersebut. Issraq (kanan) ketika menjawab soalan daripada moderator program Pegawai Penerangan Bahagian Media Siber, Nuzuluddin Abdul Razak (kiri). Persembahan artis Pentarama Japen Sabah. Issraq (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama anggota Japen Sabah. Anggota Japen Sabah yang hadir. Jainisah (kanan) menyerahkan cenderakenangan kepada Dr. Issraq (kiri). "Inisiatif ini amat bertepatan dan selari dengan peranan teras Japen Sabah dalam m...