1,000 Tetamu, Warga Kerja Dijangka Hadir Majlis Berbuka Puasa DBKK
Wartawan : Deonalissa Jekee
Foto : Merusin Minuddin
KOTA KINABALU : Seramai 1,000 warga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan tetamu jemputan dijangka hadir ke Majlis Berbuka Puasa DBKK bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, Isnin depan.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata majlis tahunan sempena bulan Ramadan itu adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja dan rakan-rakan strategik DBKK.
"Menteri-menteri kabinet negeri dan Ketua Menteri juga telah mengesahkan kehadiran mereka bagi memeriahkan majlis ini.
"Program ini turut diisi dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf yang dikenal pasti melalui kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) serta beberapa masjid sekitar Kota Kinabalu," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Tun Musa, pada Khamis.
Comments
Post a Comment