SEDIA Terus Konsisten Pacu Pembangunan Wilayah Sabah

 Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah
 Foto :  Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) terus konsisten melaksanakan peranannya sebagai pihak berkuasa utama dalam memacu pembangunan wilayah di Sabah.

Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan berkata komitmen itu dilaksanakan selaras dengan mandat yang termaktub dalam enakmen penubuhan agensi berkenaan.

Hashim ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.



“Sokongan padu serta kerjasama erat daripada pelbagai agensi negeri dan persekutuan membolehkan SEDIA melaksanakan amanah yang termaktub dalam enakmen penubuhannya dengan jaya.

“Sepanjang tempoh dari  Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), SEDIA konsisten menggalas tanggungjawab sebagai pihak berkuasa utama dalam memacu pembangunan wilayah di Sabah,” katanya ketika Majlis Sungkai Kurung-Kurung Bersama Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Hajiji ketika menyampaikan ucapan.


Majlis tersebut dianjurkan bagi memperkukuh silaturahim, menyemai semangat kebersamaan serta menghargai sumbangan rakan strategik di negeri ini.

Dalam pada itu, Hashim turut memperkenalkan kepimpinan SEDIA yang diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, manakala Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam sebagai Timbalan Pengerusi.

Antara penerima Sumbangan Kasih Ramadan bergambar bersama tetamu kehormat.



Pada majlis sama, 16 sekolah tahfiz dan pusat pengajian berdaftar menerima Sumbangan Kasih Ramadan yang disampaikan oleh Hajiji sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri.  

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan./Penerangan- 


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah