Naik Taraf RM15 Juta, Wisma MUIS Terima Sijil Perakuan Bomba

 Wartawan :  Siscalistorina Janius
 Foto :  Johny George Kimlon


KOTA KINABALU: Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima Sijil Perakuan Bomba baharu selepas kerja-kerja naik taraf bernilai RM15 juta dilaksanakan sepanjang lima tahun. 

Arifin ketika ditemui media.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata naik taraf bangunan berusia 40 tahun itu bertujuan memastikan keselesaan pengunjung serta mematuhi piawaian keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).  

Mohd Pisar ketika ditemui media


"Dengan pematuhan piawaian ini, Wisma MUIS menerima Sijil Perakuan Bomba yang baharu yang mana kali terakhir diberikan pada tahun 1990. Oleh itu, perkara yang sangat penting ialah amalan keselamatan yang memerlukan latihan berterusan dalam kalangan staf dan kakitangan.

Arifin (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan Sijil Perakuan Bomba kepada MUIS oleh Mohd Pisar (dua kanan).


"Dua belas lif diganti baharu, penggantian eskalator atau tangga bergerak turut diperbaharui. Selain itu, keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak JBPM  juga dipenuhi termasuk kerja-kerja membaiki beberapa kebocoran pada bumbung. 


Malai (tiga dari kiri) ketika menyerahkan cenderahati kepada Mohd Pisar (dua dari kanan).


"Kita akan terus memastikan semua syarat-syarat dipatuhi antaranya penyediaan sistem dan peralatan keselamatan kebakaran serta kelengkapan memadam kebakaran meskipun bangunan ini berusia 40 tahun," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Bomba Fire Certificate di Wisma MUIS, pada Selasa.

KENANGAN... Arifin (tengah) ketika mengambil gambar kenangan bersama dalam
majlis tersebut.


Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz menzahirkan penghargaan kepada MUIS kerana mematuhi penguatkuasaan bangunan di bawah Perakuan Bomba (Fire Certificate) dan memastikan semua kelengkapan keselamatan kebakaran mencukupi serta berfungsi dengan baik.

Suasana ketika majlis berlangsung.


“Kami berharap peralatan dan sistem keselamatan ini sentiasa dipantau bagi memastikan bangunan mampu menangani sebarang risiko atau insiden kebakaran,” ujarnya.

Mohd Pisar (enam dari kiri) bersama Malai (enam dari kanan) ketika bergambar kenangan bersama dalam majlis tersebut.


Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali dan Pengarah Wisma Harta Sdn Bhd, Abd Wahab Ag Yusof./Penerangan


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah