E Salur Zakat Wakalah RM60,000 Kepada 250 Pelajar, Asnaf

Wartawan : Hamidah Len

Foto : Johny Kimlon


KOTA KINABALU: Sebagai usaha membantu golongan memerlukan, Sabah Electricity (SE) menyalurkan zakat wakalah berjumlah RM60,000 yang memanfaatkan 250 individu terdiri daripada pelajar dan kelompok asnaf sekitar ibu negeri.

Daripada jumlah tersebut, 100 pelajar daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF), manakala 150 lagi penerima terdiri daripada golongan asnaf yang layak termasuk institusi seperti Ma'ahad Tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru serta Masjid Sembulan.


Tun Musa (tiga dari kiri) menyampaikan cek cura berjumlah RM50,000 kepada wakil penerima golongan asnaf.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Isteri, Toh Puan Faridah Tussin dalam acara berbuka puasa, Majlis Seikhlas Budi Sesuci Ramadan yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka,di sini pada Isnin.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan SE membantu golongan memerlukan khususnya sepanjang Ramadan demi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat setempat.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pengerusi SE, Saadiah Aziz./Penerangan-



Tun Musa (berdiri belakang, tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan para penerima sumbangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah