Sukan Tradisi Platform Perkukuh Perpaduan Rakyat

 Wartawan: Abdu Azmi 

Jurufoto: Rednny Rasang


PENAMPANG : Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan 2026 menjadi platform dalam memperkukuhkan perpaduan rakyat di negeri Sabah. 


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata sukan tersebut bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan pada tahun ini 'Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian'.

"Kita raikan Pesta Kaamatan pada tahun ini dengan penuh harmoni dan bersatu padu bersama dengan semua rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kadazandusun Cultural Association (KDCA), serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang turut terlibat sama dalam menjayakannya.
Antara pemenang cabutan tiket bertuah pada program tersebut.

"Tahniah buat Lembaga Sukan Sabah (LSS) dan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), atas penganjuran serta agensi kerajaan yang menjayakan program yang menyatu-padukan rakyat negeri ini.

"Program seumpama ini yang kita mahu, kerana adanya nilai perpaduan dan keharmonian. Jika ada keharmonian, kita boleh bekerjasama dengan lebih baik sekaligus memajukan negeri Sabah dengan lebih baik," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2026, di Dewan SMK Bahang, di sini, pada Ahad.

Joachim (tengah) ketika ditemui media.

Sukan Tradisi yang berlangsung selama dua hari itu akhirnya melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penyertaan sebanyak 500 peserta yang bertanding dalam sepuluh acara sukan tradisional yang dipertandingkan mengikut beberapa kategori.

Joachim turut menyaksikan pertandingan akhir sukan tarik tali dan sukan gusti lengan sebelum beliau menyempurnakan majlis penutupan penyampaian hadiah yang berlangsung meriah.

Hadir sama, Pembantu Menteri KBSK, Datuk Seri Dr Anil Sandhu; Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abas; Naib Presiden Komunikasi dan Perhubungan Strategik Kumpulan Petronas, Ir. Norafizal Mat Saad serta Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Haniza Abdul Wahab./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar