13 Soalan Lisan Dijawab Pada Hari Pertama DUN Sabah
Wartawan : Idris Sani Saberun
Jurufoto : Johnny Joklis /Johny George Kimlon

Masidi (kiri) dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai (tengah) ketika menyambut kehadiran Hajiji di DUN Sabah.
KOTA KINABALU : Hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 bermula jam 10 pagi dengan sesi pertanyaan untuk jawapan lisan berlangsung lancar, pada Isnin.
Sebanyak 13 soalan dijawab secara lisan oleh para menteri, membabitkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo, pemberian khas Persekutuan kepada Sabah, pembangunan kemudahan sukan serta pengurusan Pelabuhan Sepanggar.
![]() |
| Hajiji turut meluangkan masa menyantuni Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di perkarangan DUN. |
Persidangan yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor kemudiannya diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2026) 2026 dan usul berkaitan urusan perbekalan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Pembentangan itu melibatkan Penyata Tambahan Anggaran Perbelanjaan Perbekalan 2026 (CMD.1) dan Penyata Tambahan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 (CMD.2).
![]() |
| Suasana ketika persidangan Mesyuarat Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17 berlangsung. |
![]() |
| Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam (berdiri kanan) menunjukkan tanda bagus ketika menyantuni guru dan pelajar SMK Gadong Beaufort. |
![]() |
| Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury ketika tiba di perkarangan bangunan DUN Sabah pada Isnin. |
![]() |
| Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. |
![]() |
| Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson (tiga dari kanan) menyambut ketibaan Hajiji di pekarangan DUN Sabah. |
Terdahulu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya turut mengalu-alukan kehadiran para pelajar dari Politeknik Kota Kinabalu, North Borneo College, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan SMK Gadong, Beaufort.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Ahli Majlis Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang hadir pada persidangan tersebut./Penerangan-







Comments
Post a Comment