Hari Kedua Mesyuarat DUN Berjalan Lancar

 Wartawan: Deonalissa Jekee Edin 

Jurufoto: Jeffren Malaning/Rednny Rasang


KETIBAAN Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya (kanan) menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ketika menghadiri hari kedua persidangan DUN.

KOTA KINABALU : Hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ketujuh belas berjalan lancar, pada Selasa.


Sidang bermula jam 10.00 pagi dikendalikan oleh Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Juhar. 

Dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Untuk Jawapan Lisan, sebanyak 18 soalan sempat dijawab antaranya soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin dijawab oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Ben Chong Chen Bin manakala soalan ADUN Sekong, Alias Sani dijawab oleh  Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Andi MD Shamsureezal Mohd Saina.

Suasana sebelum mesyuarat bermula.

Suasana sebelum mesyuarat bermula.

Suasana sebelum mesyuarat bermula.

Turut mengemukakan soalan ialah ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin yang dijawab Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib serta soalan ADUN Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dijawab Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Johnnybone J. Kurum.

Persidangan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2026) 2026 dan Usul Untuk Membawa Penyata Tambahan Anggaran Perbelanjaan Perbekalan 2026 (Kertas CMD.1 Tahun 2026) dan Penyata Tambahan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 (Kertas CMD. 2 Tahun 2026) sebelum ditangguhkan pada jam 5.19 petang./Penerangan-

Suasana sebelum mesyuarat bermula.

Suasana sebelum mesyuarat bermula.





Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar

PUSPA VOICE 2.0 Tonjol Bakat Seni Suara Wanita Sabah