Turun Padang Medium Kenal Pasti Keperluan Rakyat

Wartawan : Norhafiezah Abd Aziz
Jurufoto :  Abang Taufik bin Abang Razali


Peserta merakam gambar kenangan bersama penduduk, pemimpin komuniti dan wakil agensi kerajaan.

PENAMPANG : Pendekatan turun padang terus kepada komuniti menjadi medium penting bagi mengenal pasti keperluan dan suara rakyat didengari.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Mitchell Chong berkata, pendekatan dialog secara santai bersama komuniti penting bagi memastikan perkhidmatan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) sentiasa selari dengan keperluan sebenar rakyat. 

"Sesi libat urus seperti ini amat penting untuk pihak UPPM mendengar sendiri denyut nadi dan keperluan penduduk Kampung Koidupan.

“Pihak UPPM komited memastikan setiap isu kebajikan dan pembangunan di DUN Kapayan diberi perhatian demi kesejahteraan bersama,” katanya ketika sesi libat urus bersama penduduk pada Program JIWA @ Komuniti MADANI: Sembang Santai Kg Koidupan yang berlangsung di Pejabat UPPM Kapayan, di sini pada Sabtu.

Salah seorang peserta menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam program tersebut, penduduk berpeluang mendapatkan saringan kesihatan asas menerusi kaunter yang disediakan oleh National Kidney Foundation (NKF) dan perkongsian maklumat daripada Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Penampang./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Kerajaan Negeri Perluas Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan, Dasar

PUSPA VOICE 2.0 Tonjol Bakat Seni Suara Wanita Sabah