Posts

Pemasyhuran Canselor UMS Baharu Selepas Aidilfitri

Image
 Wartawan          :  Siscalistorina Janius Jurufoto               :  Merusin Minuddin KOTA KINABALU:  Pemasyhuran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu akan diadakan selepas Sambutan Aidilfitri ini. Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata perlantikan tersebut secara tradisinya selepas Tun Musa dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Abdul Rahman ketika ditemui media.   "Selepas Hari Raya nanti, pemasyhuran Tun Musa sebagai Canselor UMS yang keempat akan dilaksanakan dan kita akan mengadakan satu program dan acara yang gilang-gemilang untuk meraihkannya. "Di Sabah secara tradisinya, Tuan Yang Terutama Tun adalah Canselor UMS yang turut memberikan reputasi yang baik bagi UMS dan juga mengangkat martabat Tun Musa sebagai ketua negeri, menjadi payung dan sebagai seorang yang boleh memberikan...

Bekalan Elektrik Sabah Capai 30 Peratus Rizab Margin Tahun 2030

Image
 Wartawan          : Hamidah Len Jurufoto               :  Merusin Minuddin & Shahvian Mohd Razali TUARAN: Kerajaan persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan dan mencapai 30 peratus rizab margin menjelang tahun 2030. Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,  b erdasarkan maklumat  Energy Commission of Sabah (ECoS) , beberapa projek penjanaan besar sedang dirancang antaranya pembelian tenaga dari Sarawak menjelang tahun 2025. Fadillah ketika berucap  di Dewan Seri Sulaman. "Di samping itu, pembangunan loji jana kuasa baharu berkapasiti 100MW masing-masing pada tahun 2026 dan 2027 serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun 2026. "Kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan sert...

EKSES 2025 Perkasa Usahawan Warga Emas Sabah

Image
 Wartawan          :  Suzaima Ibrahim Jurufoto               :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 berjaya memperkasakan penglibatan golongan warga emas dari seluruh Sabah dalam bidang keusahawanan. Shahelmey ketika berucap di Majlis Perasmian dan Penutupan EKSES 2025. Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata program EKSES amat unik dan menarik di samping memberi peluang kepada warga emas dalam menjana ekonomi setempat. "Selain menjana perekonomian lebih 80 usahawan yang terlibat, pada masa sama memberi  ruang kepada warga emas untuk berinteraksi melalui aktiviti yang disusun khas untuk mereka seperti yang kita nampak sendiri hari ini.  Shahelmey ketika ditemui media. "Terima kasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Sabah kerana menyokong program ini yang melibatkan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kawasan dan selur...

Negara Perlu Stabil Agar Usaha Pentadbiran, Peningkatan Ekonomi Difokuskan-TPM II

Image
 Wartawan          : Hamidah Len Jurufoto               : Shahvian Mohd Razali TUARAN : Malaysia sebagai negara membangun memerlukan kestabilan agar usaha dapat difokuskan kepada pentadbiran, pengurusan dan peningkatan ekonomi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perpaduan perlu terus dikekalkan bagi mewujudkan persefahaman antara rakyat dan kestabilan negara. Fadillah ketika ditemui media. “Saya menyarankan peri pentingnya untuk kita kekalkan perpaduan di kalangan masyarakat dan salah satu caranya ialah dengan adanya majlis di mana rakyat boleh berjumpa.   "Di situlah akan wujud asimilasi dan dengan itu diharapkan akan ada persefahaman, bila kita ada persefahaman, maka wujudlah rasa hormat menghormati. "Kita sedar bahawa toleransi dalam kepelbagaian ini amat penting, untuk kita pastikan keharmonian bukan saja dalam masyarakat, tapi memastikan kestabilan negeri dan negara kita. F...

Kerajaan Negeri, Persekutuan Terus Kerjasama Tingkatkan Prestasi Bekalan Elektrik

Image
 Wartawan          :   Deonalissa Jekee Edin Jurufoto               :   Merusin Minuddin &  Shahvian Mohd Razali TUARAN : Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di negeri ini.  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini termasuk inisiatif yang dirangka berdasarkan kuasa kawal selia oleh  Energy Commission of Sabah  (ECoS) dalam Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040). Shahelmey ketika menyampaikan ucapan.  “Walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri, saya berharap agar kerjasama di antara kedua-dua pihak tetap utuh dengan menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi bagi memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat.  "Usaha yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri antaranya ada...