Program Bulan Dakwah Eratkan Perpaduan Masyarakat Sabah -Sapawi
Wartawan: Hamidah Len Foto: Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Program Bulan Dakwah yang berlangsung lebih dua bulan di seluruh Sabah menjadi wadah penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama menerusi pengisian berbentuk ilmu serta nilai perpaduan. Sapawi ketika menyampaikan ucapan. Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad berkata program yang bermula pada 5 Julai lalu menjelajah ke semua zon dan bahagian di negeri ini termasuk Tambunan, Keningau, Beaufort, Kuala Penyu, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Ranau, Pitas, Kudat, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. “Program ini bukan sekadar ceramah agama, malah turut menyentuh soal kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk, aman dan harmoni. "Kehadiran bukan sahaja daripada umat Islam, bahkan turut disertai sahabat-sahabat bukan Muslim,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Seminar Keluarga Madani di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu. Syamsul Debat men...