Posts

SIE 2026 Berlangsung di SICC September Ini

Image
 Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Norazuwan Mohd Yusof KOTA KINABALU: Sebagai usaha menarik kemasukan pelabur, Expo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 4 hingga 6 September ini. Penasihat Persekutuan Industri Sabah (FSI), Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau berkata SIE 2026 dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik di samping membuka peluang jaringan perniagaan antara pemain industri tempatan dan antarabangsa. Suasana ketika kunjungan berlangsung. "Ekspo tersebut bukan sahaja menjadi medan pameran produk dan perkhidmatan, malah berfungsi sebagai platform padanan perniagaan, perkongsian teknologi serta pertukaran idea yang mampu merangsang pertumbuhan sektor perindustrian negeri. "SIE 2026 memberi peluang kepada penggiat industri Sabah untuk memperluas pasaran di samping menarik minat pelabur terhadap pelbagai sektor berpotensi termasuk pembuatan, teknologi, logistik d...

UKKWA Agih 10,000 Pek Bubur Lambuk

Image
Wartawan : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Foto : Norazuwan Mohd Yusof KOTA KINABALU: Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA) mengagihkan 10,000 pek bubur lambuk di tiga masjid sekitar Sepanggar sempena Program Ukhuwah MADANI Parlimen Sepanggar, bagi mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, selain mengimarahkan Ramadan, program tersebut turut bertujuan menghidupkan peranan masjid sebagai institusi masyarakat yang aktif dengan program kemasyarakatan dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Mustapa ketika ditemui media. "Tahniah kepada UKKWA dan rakan strategik serta sukarelawan masjid  kerana telah menjayakan program ini yang merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam kita meningkatkan amalan yang baik dan bermanfaat pada bulan ramadhan yang mulia ini. "Program ini juga  bertujuan mengimarahkan masjid agar masjid menjadi institusi masyarakat ...

Kerajaan Komited Perkasa, Martabatkan Bahasa Ibunda

Image
 Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Jeffren Malaning PENAMPANG : Kerajaan negeri terus komited dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa ibunda sebagai teras identiti unik Sabah. Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata, langkah itu penting memandangkan subjek Bahasa Kadazandusun kini sudah menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan negara di sekolah rendah dan menengah di Sabah. Ewon ditemui media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia dan pelancaran Webonary Kadazan–Melayu–Inggeris.  "Saya akan kemukakan kepada Ketua Menteri dan mesyuarat Kabinet Negeri keperluan menyokong pengajaran bahasa etnik ini melalui pemberian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menawarkan pengajian bahasa ini. "Ini boleh menjadi galakan kepada pelajar memilih bidang ini dan seterusnya menjadi tenaga pengajar s...

Tun Musa Aman Hadiri Majlis Doa Selamat Melihat Anak Bulan Ramadan

Image
Wartawan: Nurfatin Mohammed Yunus Foto: Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Melihat Anak Bulan Ramadan 1447H/2026M di Istana Seri Kinabalu. Ketibaan Tun Musa (kanan) di Surau Tun Sakaran. Suasana ketika solat Maghrib. Tun Musa (tiga dari kiri) ketika bacaan doa. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil disusuli bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting. Hasil cerapan disampaikan kepada Tun Musa. Seterusnya, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memaklumkan penetapan tarikh bermulanya puasa kepada Tun Musa sebelum menunaikan  solat Isyak berjemaah. Hadir sama,  Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif./ Penerangan-

Balai Cerap Al-Biruni Berpotensi Jadi Pusat Falak dan Ikon Pelancongan Ilmu Sabah

Image
Wartawan: Abdu Azmie Mohd Ibrahim Foto: Merusin Minuddin PUTATAN:  Balai Cerap Al-Biruni   berpotensi dibangunkan sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan ilmu falak serta astronomi yang komprehensif di Sabah.   Pemandangan di Balai Cerap Al-Biruni. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata balai cerap boleh dibangunkan sebagai pusat pendidikan berdaya saing, berteknologi tinggi dan destinasi pelancongan ilmu ( astro-tourism ) yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. "Bagi merealisasikan hasrat ini, aspek infrastruktur perlu diperkasa dan dilengkapkan dengan kemudahan yang benar-benar bersedia serta mematuhi tahap yang sewajarnya. "Ini termasuklah penambahbaikan fasiliti cerapan, ruang pameran interaktif, dewan pembelajaran dan kemudahan pengunjung serta akses yang lebih mesra pelancong. "Kerajaan negeri sedia membantu agar balai cerap ini mampu muncul sebagai antara ikon pelancongan ilmu di Sabah," katanya semasa Majlis Rukyah Hilal...

Lebih 10,000 Rakyat Meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sabah 2026

Image
Wartawan: Siscalistorina Janius Foto:  Johny George Kimlon/Volintine Jiloh/Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Sabah anjuran kerajaan negeri yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa. Hajiji ketika tiba di majlis Tahun Baharu Cina tersebut. Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis seawal jam 9 pagi bagi menyertai sambutan tahunan peringkat negeri itu. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang diiringi Isteri, Toh Puan Faridah Tussin.  KETIBAAN...Tun Musa (tengah) bersama Toh Puan Faridah ketika tiba di majlis Tahun Baharu Cina. Ketibaan Tun Musa pada jam 11 pagi disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor sebelum majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku diikuti persembahan tarian singa. SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SIC...

Tun Musa Terima Kunjungan Panglima 5 Divisyen

Image
Wartawan: Siscalistorina Janius Foto: Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Panglima 5 Divisyen,  Mejar Jeneral Shamshor Jaafar   di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.  Tun Musa (kanan) mendengar penjelasan Noorrul . Suasana ketika kunjungan hormat berlangsung. Kunjungan tersebut bagi memperkenalkan diri beliau kepada Tun Musa dan  Isteri, Toh Puan Faridah  Tussin  di samping  membincangkan beberapa isu semasa berkaitan keselamatan serta pertahanan di negeri Sabah.  Tun Musa (kanan) menerima cenderakenangan daripada Shamshor (tengah). Shamshor,57,  menggantikan Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin sebagai  Panglima 5 Divisyen  berkuatkuasa 30 Januari lepas sebelum ini  menjawat jawatan Ketua Pengarah Cawangan Tenaga Kerja, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Toh Puan Faridah (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Noriza (kanan). Kenangan... Tun Musa (...