Posts

Tun Musa Terima Kunjungan Tengku Mahkota Pahang

Image
 Wartawan : Abdu Azmie Ibrahim Jurufoto: Johnny Joklis KOTA KINABALU : Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.  Dalam kunjungan tersebut, Tengku Hassanal sempat bertukar-tukar idea dan pandangan bersama Tun Musa sebelum memulakan Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula hari ini sehingga Rabu. T un Musa (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Tengku Hassanal (kiri). Baginda kemudian dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu pada sekitar jam 3 petang. Dalam pada itu, Tengku Hassanal dijadual akan menawan Gunung Kinabalu pada hari kedua ekspedisi dengan diiringi anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu dan menunggu di sepanjang jalan yang akan dilalui menuju...

Liane Melve Frace Juara Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu 2026

Image
Wartawan : Afisya Safiah Foto : DBKK KOTA KINABALU : Liane Melve Grace Lias muncul juara pertandingan akhir Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu 2026 selepas menewaskan 14 peserta lain pada acara yang berlangsung di sini, pada Ahad. Kemenangan itu melayakkan Liane membawa pulang wang tunai bernilai RM12,000 beserta mahkota, piala dan jambangan bunga, sekaligus mewakili Bandaraya Kota Kinabalu ke pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang dijadual berlangsung pada 31 Mei ini di Hongkod Koisaan, KDCA. Liane dinobatkan juara Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu 2026. Bagi kategori khas KDCA, Joyce Nia David dinobatkan sebagai Unduk Ngadau KDCA Tanjung Aru selaku naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta tiara, piala dan jambangan bunga. Tempat ketiga pula dimenangi Felecity Chen Sing Yee menerusi gelaran Unduk Ngadau KDCA Bandaraya yang membawa pulang wang tunai RM8,000 beserta  tiara, piala dan jambangan bunga. Sementara itu, Sharlene Adel...

Sabah Masih Perlukan Lebih Ramai Pakar Perubatan - William

Image
Wartawan : Noorsiah Mahmud Foto : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih memerlukan lebih ramai pakar perubatan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di negeri ini. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis berkata, keperluan itu turut melibatkan jawatan Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat dan yang diperlukan di beberapa fasiliti kesihatan. Dr. Wiliam ketika ditemui media. "Sebenarnya jumlah itu bergantung kepada kategori contohnya kepakaran, memang kita masih memerlukan dan sentiasa berhubung dengan kementerian untuk memastikan bilangan kepakaran itu bertambah. "Memang kita masih perlu jururawat dan penolong pegawai perubatan, tetapi kita sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan untuk memastikan bekalan itu mencukupi. "Tetapi isu utama yang saya lihat ialah pegawai perubatan dari Sabah sendiri sangat rendah. Hanya 30 peratus dari...

Kaamatan Platform Perkukuh Perpaduan, Harmoni Masyarakat Sabah – Julita

Image
Wartawan : Mohd Nizwan Mohd Daini Foto :  JURUFOTO KWKKR-SJ MATUNGGONG : Sambutan Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan kebudayaan, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata,  Sabah antara negeri terbaik dalam mempamerkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia kerana mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang hidup bersama dalam suasana saling menghormati. KENANGAN…Julita (lima kiri) bergambar kenangan bersama tetamu yang lain. "Tema Pesta Kaamatan tahun ini, 'Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian', mencerminkan kekuatan rakyat Sabah yang hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. "Perpaduan merupakan asas penting yang menyatukan masyarakat serta menjadi kekuatan utama negeri itu sejak sekian lama. "Kita harus...

3,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Kaamatan DBKK

Image
Wartawan : Nur Aliah Safiah Foto : Renaldo Fernandez KOTA KINABALU :  Kira-kira 3,000 pengunjung menghadiri Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2026 yang berlangsung meriah  sebagai platform penting dalam memelihara warisan budaya negeri. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, sambutan itu bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat setempat, malah turut menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi bandar raya. Sabin ketika menyampaikan ucapannya. "Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah. "Sambutan seperti ini amat penting bagi Bandaraya Kota Kinabalu kerana ia memperkukuh warisan budaya, mengeratkan hubungan masyarakat serta menyumbang kepada kemeriahan pelancongan dan ekonomi bandaraya," katanya ketika berucap  pada Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 di s...

51 Mangsa Kebakaran Kg Titingan Hilang Tempat Tinggal

Image
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : PPD Tawau TAWAU: Seramai 51 mangsa daripada sembilan ketua isi rumah (KIR) kehilangan tempat tinggal dalam tragedi kebakaran di Kampung Titingan. Kejadian yang berlaku di Blok 5 dan 6 itu memusnahkan tiga buah rumah mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM20 ribu. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyeru agar masyarakat lebih berhati-hati dan sentiasa peka kepada bahaya ketika melakukan sesuatu kerja atau pembangunan. Nizam (tengah) ketika ditemui media. "Kejadian itu memberi pengajaran penting kepada semua agar lebih berhati-hati khususnya melibatkan aspek pendawaian elektrik, keselamatan dapur dan pembinaan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain. "Api ini bila kecil kawan, bila jadi besar ia menjadi lawan dan musibah kepada semua yang terlibat, dari itu saya berharap kejadian ini menjadi pengalaman dan kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati pa...

2,000 Pengunjung Meriahkan Konsert 8070 RTM Sabah

Image
Wartawan : Afisya Syazrin Foto : RTM PENAMPANG : Seramai lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Konsert 8070 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah), pada Sabtu.  Konsert penuh meriah itu diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun RTM ke-80 dan Jubli Platinum 70 Tahun Radio RTM Sabah sebagai penghargaan buat pendengar serta penonton setia yang terus menyokong stesen penyiaran berkenaan sepanjang tujuh dekad di negeri ini. Tirai persembahan dibuka dengan rangkaian lagu medley era 90-an oleh barisan penghibur RTM, sebelum pentas terus dihangatkan dengan penampilan artis popular tanah air, Afieq Shazwan    membawakan lagu Rindunya Rindu, Layu di Hujung Mekar dan duet bersama Joy iaitu lagu Bintang selain Haziq Rosebi yang mempersembahkan lagu Nurlela, Zuraida dan Lemak Manis. KENANGAN...Barisan artis dan penerima cenderahati sempena Konsert 8070 RTM Sabah. Turut mencuri tumpuan ialah barisan bakat tempatan Sabah seperti Rey Kimara mendendangkan lagu tempatan Sab...