Posts

Pemberian Interim RM1.5 Bilion Beri Impak Pembangunan Sabah

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Mohd Ibrahim Jurufoto: Reddny Rasang PENAMPANG : Pemberian interim RM1.5 Bilion dijangka memberi impak yang positif terhadap pembangunan di negeri Sabah. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, pemberian yang meningkat kepada RM1.5 Bilion berbanding RM600 juta sebelum ini memberi manfaat besar kepada pelaksanaan pembangunan di negeri ini. "Kita boleh meningkatkan pembangunan terutama untuk membaiki ketiga-tiga masalah utama di Sabah seperti jalan raya, air, tenaga serta pembentungan. "Ini yang kita perlukan segera sekarang selain daripada pembangunan-pembangunan yang lain. "Jadi saya melihat, perkara tersebut adalah impak yang paling besar kepada rakyat Sabah," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringat Negeri 2026, di Dewan SMK Bahang, di sini pada Ahad. Joachim (tengah) bergambar kenangan bersama 'Team Geram Be...

Terus Kukuhkan Perpaduan, Kebersamaan Untuk Kemajuan - Hajiji

Image
 Wartawan: Deonalisa Jekee Edin Jurufoto :  Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ia adalah seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sememangnya komited dan akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan kepesatan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat terus terbela. "Pelbagai inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan, termasuklah memperkukuhkan ekonomi negeri menerusi agenda yang ditetapkan dalam Hala Tuju Sabah SMJ 2.0. "Usaha ini termasuklah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti sektor pertanian, memperkasa modal insan, melestarikan kesejahteraan rakyat baik di luar bandar mahupun bandar dan memajukan sektor pelancongan melalui kebudayaan. "Dalam usaha mencapai matlamat ini, sudah tentulah kerajaa...

Pertimbang Tambang Penerbangan Pada Musim Perayaan - Jafry

Image
 Wartawan: Noorsiah Mahmud Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Kerajaan dan pihak berkaitan disaran mempertimbangkan isu kenaikan tambang penerbangan ke Sabah khususnya ketika musim perayaan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin menggesa agar isu kenaikan tambang penerbangan diberi pertimbangan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat yang pulang ke kampung. "Kita dapati memang ada sedikit kenaikan tambang. Walau bagaimanapun, kita minta pihak kerajaan dan mereka yang berkaitan untuk mempertimbangkan terutama perayaan-perayaan.  "Walaupun kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan menyediakan beberapa insentif, usaha lanjut wajar dipertimbangkan bagi membantu rakyat Sabah yang pulang ke kampung untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai," katanya ketika ditemui nedia selepas majlis Perasmian Penutupan Kaamatan Peringkat Negeri 2026 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA di sini, pada Ahad. Jafry ketika ditemui media. Dal...

Gelvia Vanessa Dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2026

Image
 Wartawan: Mohd Irfan Janis Jurufoto: Johny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Unduk Ngadau Papar, Gelvia Vanessa Jenny dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri Tahun 2026.  Gelvia yang menewaskan 53 peserta lain membawa hadiah wang tunai, mahkota, trofi dan sash serta pelbagai hadiah iringan. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Unduk Ngadau Tuaran, Juje Elor Francis dan Unduk Ngadau Matunggong, Criszelbellkah Lorris di tempat ketiga. Gelvia Vanessa dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2026. Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Liane Melve Grace Lias, Unduk Ngadau Daerah Pagalungan Kerishine Danil, Unduk Ngadau Daerah Penampang Gadrette Gregory dan Unduk Ngadau Daerah Sook Myra Evana Robert.  Pertandingan berkenaan merupakan acara kemuncak bagi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan...

Kerajaan Komited Laksana Tuntutan MA63

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Jurufoto: Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan PENAMPANG : Kerajaan persekutuan komited melaksanakan tuntutan seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut di bawa ke Jemaah Menteri dan dilafazkan di Parlimen, Kerajaan MADANI tetap akan melaksanakan janji 40 peratus untuk negeri Sabah. "Saya minta segera untuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan berbincang secara terperinci dengan Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara ini. "Dasar kerajaan MADANI pimpinan saya yang menetapkan tiada lagi hujah, ianya adalah polisi yang perlu dilaksanakan," katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, pada Sabtu. Anwar (empat dari kiri) bersama para hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku. Jelasnya, setiap keputusan dan nilainya harus dicerakin dengan terperinci dengan pihak-pih...

PMX Berangkat Pulang Ke Ibu Negara

Image
 Wartawan: Noorsiah Mahmud Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke ibu negara selepas menyempurnakan Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Kali Ke-66 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang.  Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 6.08 petang, pada Sabtu. Anwar (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di KDCA, Penampang. Hadir mengucapkan selamat jalan adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untung./Penerangan-

500 Peserta Meriahkan Sukan Tradisi Pesta Kaamatan 2026

Image
 Wartawan: Deonalisa Jekee Edin Jurufoto: Johnny Joklis/Mohd Sazwan Roslan/Reddny Rasang P ENAMPANG : Kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam Sukan Tradisi sempena Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2026.  Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jumlah itu mencerminkan sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan generasi muda terhadap usaha memelihara warisan budaya negeri.  "Dianggarkan kira-kira 500 peserta akan mengambil bahagian dalam 10 acara tradisional yang dipertandingkan sepanjang program sukan tradisi ini.  AKSI...Antara aksi semasa sukan tradisi berlangsung. "Antara acara yang dianjurkan ialah gusti lengan, membujak, menyumpit dan tarik tali yang mendapat penyertaan ramai peserta.  "Ini adalah satu petanda yang baik dan menjadi contoh kepada generasi yang di luar sana supaya walaupun kita berada di mana-mana di dunia ini tetapi janganlah kita melupai asal-usul kita dan adat bud...