Posts

Showing posts from February, 2024

Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024 10 Mac Ini

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Jurufoto : Jeffren Malaning Kota Kinabalu : Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024 akan diadakan pada 10 Mac depan. Presiden  Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) ,  Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, majlis berkenaan bertujuan untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan kaum wanita. Dayang Khatijah ketika ditemui media. "Antara pengisian sambutan pada kali ini adalah Persidangan Wanita IKS dan Kepimpinan yang akan bersama dengan Timbalan Menteri Ekonomi  Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib dan beberapa pemimpin wanita lain untuk berkongsi mengenai kepimpinan wanita di Sabah. "Selain itu, turut akan disampaikan adalah pengiktirafan Wanita Inspirasi 2024 kepada 100 wanita dari seluruh Sabah, Sarawak serta beberapa penyertaan daripada Indonesia dan Singapura. "Dianggarkan seramai 600 wanita akan menyertai persidangan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 Mac nanti," ujarnya k

Sabah Teruskan Bajet Besar Untuk Pendidikan

Image
Wartawan : Hamidah Len Jurufoto : Johny Joklis Kota Kinabalu : Kerajaan negeri terus memperuntukkan bajet besar bagi memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang sempurna.  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pelbagai inisiatif bantuan pendidikan disediakan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan prestasi pendidikan di negeri ini.  Hajiji memberi tahu kerja menaiktaraf sekolah daif sedang dilaksanakan.  "Antaranya sejumlah RM101 juta  untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pada tahun ini. “Saya meminta warga pendidik terus melakar kejayaan, bersemangat dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk melahirkan modal insan yang terdidik serta mampu bersaing di persada global," katanya  ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah  (MAPenS) Pe jabat Pendidikan Daerah Tuaran Tahun 2023 di sini, pada Khamis. Sebanyak 38 anugerah disampaikan di di majlis tersebut sebagai memberi pengi

Juara Pertandingan Kebudayaan MSKPPM Ke-49 Milik Sabah

Image
Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kota Kinabalu :   Pentas Auditorium Jabatan    Kebudayaan    dan  Kesen ian Negara (JKKN) Sabah menyaksikan Juara  Pertandingan Kebudayaan Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Malaysia (MSKPPM) Peringkat Kebangsaan  Ke-49 Tahun 2024 menjadi milik  Kontinjen Sabah. JUARA...Arifin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Kontinjen Sabah yang menjuarai Pertandingan Kebudayaan MSKPPM Ke-49 2024. Selain itu, negeri di bawah bayu itu turut merangkul empat anugerah lain iaitu Anugerah Vokalis Terbaik, Anugerah  Drummer  Terbaik, Anugerah Gubahan Muzik Terbaik dan Anugerah Kumpulan Tarian Terbaik. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah  diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan  Abidin Marjan.

JaPen Pastikan Dasar Kerajaan Sampai, Difahami Masyarakat

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Jurufoto    : Johny Joklis Kota Kinabalu:   Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan terus memperkasakan peranan warganya dalam memastikan dasar-dasar kerajaan sampai dan difahami oleh masyarakat.  Menurut Ketua Pengarah, Datuk Sukari Ab Hamid, warga JaPen perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada secara kovensional mahupun digital un tuk disampaikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi. KENANGAN...Sukari (tiga dari kanan, depan) mengambil gambar kenangan bersama pegawai yang hadir dalam majlis tersebut. Antara pegawai kanan yang hadir dalam majlis tersebut. "Sebagai jentera komunikasi di negara ini, warga JaPen haruslah berperanan untuk menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dengan sejelas-jelasnya di peringkat akar umbi," katanya dalam majlis perjumpaan bersama lebih kurang 80 pegawai kanan JaPen Sabah di sini, pada Rabu. Sukari  ketika menyampaikan amanatnya. Sukari

JHEWA Santuni 3,631 Wanita

Image
Wartawan      : Jeanne J. Som Jurufoto       : Volintine Jiloh Putatan :    Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA)    berjaya menyantuni seramai hampir 3,631 wanita    di negeri ini    melalui   Program Outreach Santuni Wanita .  Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program berkenaan ini merupakan kesinambungan inisiatif baharu sektor modal insan dan kesejahteraan rakyat bagi tahun 2021 hingga 2025 di bawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).   CENDERAHATI...Haslina (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Shahelmey (dua dari kanan) tanda terima kasih menyempurnakan majlis tersebut. "S epanjang program ini dilaksanakan bermula tahun 2021 sehingga 2023, JHEWA telah menyantuni seramai hampir 3,631 orang melibatkan 39 kes dari seluruh pelusuk negeri Sabah.  KENANGAN...Shahelmey (duduk tengah) bersama tetamu kehormat dan para hadirin mengabadikan kenangan semasa Program Outreach Santuni Wanita. "Jumlah tersebut menunjukkan program ini sangat signifikan kepada masyarakat

Jangan Terpengaruh Persepsi Negatif - Sukari

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Jurufoto : Johny Joklis Kota Kinabalu : Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan persepsi negatif berkaitan sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Ketua Pengarah Jabatan Penerangan  Malaysia  (JaPen) Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid berkata, PADU merupakan wadah daripada kerajaan untuk membantu rakyat. Sukari berucap ketika majlis. "PADU merupakan hasrat murni Kerajaan Madani agar semua rakyat tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak. "Namun, masyarakat kini sering terpengaruh kepada persepsi yang tidak betul akibat terlalu terdedah kepada pelbagai saluran media sosial. "Masyarakat khasnya penjawat awam perlu memastikan sebarang maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. "Forum pada hari ini banyak memberikan maklumat yang berguna khususnya kepada kakitangan Jabatan Penerangan agar dapat terus melaksanakan penerangan berkenaan sistem PADU ini kepada masyarakat,"

RM2.2 Juta Diluluskan Untuk Pulihara, Lindungi Warisan Budaya - Hajiji

Image
 Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto      : Shahvian Mohd Razali/Volintine Jiloh Tuaran:  Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM2.2 juta bagi melaksanakan dua projek pembangunan untuk memulihara dan melindungi warisan budaya  sebagai lambang ketamadunan negeri ini.  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kedua-dua projek baharu yang diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk melaksanakan projek Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah, manakala projek Kajian Restorasi Bangunan Pejabat Lama Pejabat Perkhidmatan Kebajikan pula membabitkan peruntukan RM200,000.  CENDERAHATI....Hajiji menerima cenderahati daripada Japlin (kanan). Hajiji (tengah diiringi Armizan (kanan) dan Japlin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Lagu Tema  Festival Kebudayaan Rumpun  Bajausama  2024. "Projek pemetaan ini bertujuan mentransformasikan kaedah pengurusan maklumat budaya etnik Sabah kepada sistem maklumat

Nur Sharmayza Hanim Dinobat Ratu Serimpak 2024

Image
Wartawan :  Hamidah Len Jurufoto     :  Volintine Jiloh / Shahvian Mohd Razali Tuaran : Guru SM St Dominic Lahad Datu, Nur Sharmayza Hanim Samsuddin dinobatkan sebagai Ratu Serimpak sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Negeri Sabah 2024. Nur Sharmayza, 25, memenangi RM3,500, sijil penghargaan dan biasiswa pendidikan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) bernilai RM19, 000 sehingga RM42,000 bergantung kursus dipilih. Sharmayza menang Ratu Serimpak 2024. Gadis yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menewaskan 15 peserta dari seluruh Sabah.  Hadiah disampaikan oleh Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama di sini, hari ini.  Sharmayza (kiri) menerima hadiah disampaikan Juliah. Manakala, wakil Daerah Beluran, Lisa Abd. Latif, 22, pula meraih tempat kedua sekali gus membawa pulang RM 2,500 dan sijil penghargaan, diikuti Siti Yunisah Ruzaleh, 21 (Tuaran) di te

Friendly Ride Bersama Toh Puan Sabtu Ini

Image
Wartawan : Jeanne J. Som Jurufoto : Merusin Minuddin Kota Kinabalu: Sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu Ke-24, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Friendly Ride Bersama Toh Puan, Sabtu ini.    Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon, program tersebut akan diketuai oleh Isteri  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni  bagi  mempromosikan cara hidup sihat. Adreen (tiga dari kanan) menyampaikan Kemeja-T kepada Toh Puan (tengah) sebagai tanda penghargaan menjayakan Program Friendly Ride. "Kayuhan sejauh 29 Kilometer (KM) ini akan dilepaskan oleh Mayor  Bandaraya, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah bertempat di Padang Merdeka mulai jam 7.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 10.00 pagi.  "Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Yayasan Nur Jauhar  pada program tersebut,"  katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.  Toh Puan (tengah) mendenga