JaPen Pastikan Dasar Kerajaan Sampai, Difahami Masyarakat

Wartawan : Siscalistorina Janius
Jurufoto    : Johny Joklis


Kota Kinabalu:   Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan terus memperkasakan peranan warganya dalam memastikan dasar-dasar kerajaan sampai dan difahami oleh masyarakat. 

Menurut Ketua Pengarah, Datuk Sukari Ab Hamid, warga JaPen perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada secara kovensional mahupun digital untuk disampaikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

KENANGAN...Sukari (tiga dari kanan, depan) mengambil gambar kenangan bersama pegawai yang hadir dalam majlis tersebut.


Antara pegawai kanan yang hadir dalam majlis tersebut.


"Sebagai jentera komunikasi di negara ini, warga JaPen haruslah berperanan untuk menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dengan sejelas-jelasnya di peringkat akar umbi," katanya dalam majlis perjumpaan bersama lebih kurang 80 pegawai kanan JaPen Sabah di sini, pada Rabu.

Sukari ketika menyampaikan amanatnya.

Sukari (kiri) bersalaman bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi, Visual dan Seni Reka, Razif Che Hashim (tengah) ketika tiba di majlis tersebut.


Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JaPen Suwadi Guliling, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Erwin Khairul Ahmad, Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Mohd Rizal Hashim, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah