Friendly Ride Bersama Toh Puan Sabtu Ini

Wartawan : Jeanne J. Som
Jurufoto : Merusin Minuddin

Kota Kinabalu: Sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu Ke-24, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Friendly Ride Bersama Toh Puan, Sabtu ini. 
 
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon, program tersebut akan diketuai oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah,Toh Puan Norlidah R.M. Jasni bagi mempromosikan cara hidup sihat.

Adreen (tiga dari kanan) menyampaikan Kemeja-T kepada Toh Puan (tengah) sebagai tanda penghargaan menjayakan Program Friendly Ride.

"Kayuhan sejauh 29 Kilometer (KM) ini akan dilepaskan oleh Mayor Bandaraya, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah bertempat di Padang Merdeka mulai jam 7.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 10.00 pagi. 

"Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Yayasan Nur Jauhar pada program tersebut," katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu. 

Toh Puan (tengah) mendengar taklimat yang disampaikan oleh Robert (kiri) bersama rombongan semasa kunjungan tersebut. 


Hadir bersama kunjungan tersebut ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad, Setiausahanya, Datin Noridawati Abdul Rahman, Ketua Teknikal, Muhd Uthman Sarimal dan DBKK Cycling Team, Glorie Diana Joseph./Penerangan-

Toh Puan (kiri) menerima kunjungan hormat dari pihak DBKK yang diketuai oleh Robert (kanan). 


Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri