Juara Pertandingan Kebudayaan MSKPPM Ke-49 Milik Sabah
Wartawan : Zuraidah Ahmad
Jurufoto : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kota Kinabalu : Pentas Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesen
JUARA...Arifin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Kontinjen Sabah yang menjuarai Pertandingan Kebudayaan MSKPPM Ke-49 2024. |
Selain itu, negeri di bawah bayu itu turut merangkul empat anugerah lain iaitu Anugerah Vokalis Terbaik, Anugerah Drummer Terbaik, Anugerah Gubahan Muzik Terbaik dan Anugerah Kumpulan Tarian Terbaik.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Abidin Marjan.
"Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang menjadi tuan rumah pertemuan atau perhimpunan yang besar dari seluruh Malaysia.
"Apa yang penting, perhimpunan seumpama ini dapat menjalin silaturrahim dalam kalangan pegawai pegawai perkhidmatan pendidikan, warga pendidikan di seluruh negara yg hadir di Sabah lebih daripada 2,000 orang.
"Sabah selalu menang dan inilah keistimewaan Negeri Sabah, tahun ini menang dalam persembahan sangat bagus, hebat dan mungkin diketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya.
Dalam pertandingan itu, naib juara disandang oleh Kontinjen Selangor yang juga memenangi Anugerah Bass Terbaik, Percussion Terbaik dan Anugerah Penari Terbaik Wanita diikuti Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan dan Kontinjen Sarawak masing-masing di tempat ketiga dan keempat.
Walaupun hanya berada di tempat keempat, Kontinjen Bumi Kenyalang masih berbangga dengan kejayaan dua anugerah iaitu Anugerah Gitaris Terbaik dan Penari Terbaik Lelaki .
Manakala, Anugerah Kibod Terbaik dan Anugerah Busana Terbaik yang diraih Kontinjen Kedah pula memberi sedikit kelegaan kepada negeri Jelapang Padi itu walaupun tidak memenangi sebarang tempat.
Arifin menyampaikan Anugerah Penari Terbaik Lelaki kepada Kontinjen Sarawak. |
Persembahan oleh kontinjen tuan rumah, Sabah. |
MSKPPM Ke-49 mempamerkan persembahan terbaik daripada 10 kontinjen terdiri daripada Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor, Sabah, Sarawak serta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA)./Penerangan-
Comments
Post a Comment