Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024 10 Mac Ini

Wartawan : Deonalissa Jekee
Jurufoto : Jeffren Malaning

Kota Kinabalu : Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024 akan diadakan pada 10 Mac depan.

Presiden Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita)Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, majlis berkenaan bertujuan untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan kaum wanita.

Dayang Khatijah ketika ditemui media.

"Antara pengisian sambutan pada kali ini adalah Persidangan Wanita IKS dan Kepimpinan yang akan bersama dengan Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib dan beberapa pemimpin wanita lain untuk berkongsi mengenai kepimpinan wanita di Sabah.

"Selain itu, turut akan disampaikan adalah pengiktirafan Wanita Inspirasi 2024 kepada 100 wanita dari seluruh Sabah, Sarawak serta beberapa penyertaan daripada Indonesia dan Singapura.

"Dianggarkan seramai 600 wanita akan menyertai persidangan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 Mac nanti," ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Toh Puan Norlidah (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama rombongan Kelab Wanita Ikon Malaysia Cawangan Sabah.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi menjemput Toh Puan Norlidah untuk hadir sekaligus merasmikan Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah turut menerima kunjungan Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia Cawangan Sabah, Asmah Kadir dan rombongan.

Selain memperkenalkan kelab, tujuan kunjungan adalah untuk mempelawa Toh Puan Norlidah sebagai penaung kelab dan memaklumkan berkenaan program terdekat yang akan dianjurkan iaitu Karnival Ramadan Sabah yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan./Penerangan-

Toh Puan Norlidah (tengah) menerima cenderamata daripada Dayang Khatijah (empat dari kanan).



Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri