Sabah Teruskan Bajet Besar Untuk Pendidikan
Wartawan : Hamidah Len
Sebanyak 38 anugerah disampaikan di di majlis tersebut sebagai memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan peranan warga pendidik.
Jurufoto : Johny Joklis
Kota Kinabalu : Kerajaan negeri terus memperuntukkan bajet besar bagi memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang sempurna.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pelbagai inisiatif bantuan pendidikan disediakan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan prestasi pendidikan di negeri ini.
Hajiji memberi tahu kerja menaiktaraf sekolah daif sedang dilaksanakan. |
"Antaranya sejumlah RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pada tahun ini.
“Saya meminta warga pendidik terus melakar kejayaan, bersemangat dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk melahirkan modal insan yang terdidik serta mampu bersaing di persada global," katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Tahun 2023 di sini, pada Khamis.
Sebanyak 38 anugerah disampaikan di di majlis tersebut sebagai memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan peranan warga pendidik.
Pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Teknikal Yayasan Sabah, Datuk Tah Nia Jaman dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pengurusan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
Sementara itu, Hajiji turut menyatakan komitmen guru mampu memperkembangkan potensi, mengetengahkan bakat dan kebolehan murid.
"Saya menggesa supaya warga pendidik di negeri ini, khususnya di Tuaran agar melakukan perubahan dan penambahbaikan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan termasuk sahsiah pelajar di sekolah masing-masing.
“Warga pendidik perlu terus berusaha memacu tenaga demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.
"Pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa dan ini selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mana pembangunan modal insan antara agenda utama diberi penekanan oleh kerajaan negeri," ujarnya.
Comments
Post a Comment