JHEWA Santuni 3,631 Wanita

Wartawan    : Jeanne J. Som
Jurufoto       : Volintine Jiloh


Putatan :  Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA)  berjaya menyantuni seramai hampir 3,631 wanita  di negeri ini  melalui Program Outreach Santuni Wanita

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program berkenaan ini merupakan kesinambungan inisiatif baharu sektor modal insan dan kesejahteraan rakyat bagi tahun 2021 hingga 2025 di bawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).  

CENDERAHATI...Haslina (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Shahelmey (dua dari kanan) tanda terima kasih menyempurnakan majlis tersebut.


"Sepanjang program ini dilaksanakan bermula tahun 2021 sehingga 2023, JHEWA telah menyantuni seramai hampir 3,631 orang melibatkan 39 kes dari seluruh pelusuk negeri Sabah. 


KENANGAN...Shahelmey (duduk tengah) bersama tetamu kehormat dan para hadirin mengabadikan kenangan semasa Program Outreach Santuni Wanita.

"Jumlah tersebut menunjukkan program ini sangat signifikan kepada masyarakat kerana melibatkan aspek keusahawanan, sosial, pengupayaan ekonomi serta perundangan.

"Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha membantu rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada jabatan kerajaan seperti JHEWA serta agensi-agensi yang terlibat di kawasan yang dianjurkan.

Shahelmey (tengah) melawat salah satu gerai pameran sempena program yang diadakan itu.


"Sejak November 2021, program ini menjadi wadah penyampaian perkhidmatan serta perkongsian ilmu yang sangat efektif dalam usaha untuk memperkasakan golongan wanita serta masyarakat agar terus relevan dan menepati keperluan semasa," katanya semasa menyempurnakan Penutupan Program Outreach Santuni Wanita di Dewan Sri Putatan, pada Khamis.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan memaklumkan program tersebut merupakan antara usaha kerajaan dalam membendung masalah seperti perceraian, perebutan hak penjagaan anak dan keganasan rumah tangga dari terus menyelubungi masyarakat.

Shahelmey (tiga dari kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Peguam, Pusat Bantuan Guaman Wanita JHEWA, Noor Azah ABd Rahman (empat dari kiri) dalam membantu menjayakan program tersebut.


"Program ini turut memberi pencerahan ilmiah atau bantuan khidmat nasihat perundangan menerusi klinik guaman serta slot literasi perundangan yang telah dijalankan sebentar tadi.

"Oleh itu, saya nasihatkan semua untuk mengambil peluang yang ada dalam memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dengan sebaiknya," tambahnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada JHEWA kerana memilih Putatan sebagai lokasi pertama untuk mengadakan program berkenaan pada tahun ini dan berharap ianya akan diteruskan ke kawasan-kawasan yang lain.

Shahelmey (tengah) melawat salah satu gerai pameran yang dibuka semasa Program Outreach Santuni ditemani oleh Flovia (dua dari kanan).

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd, Datuk Awang Ahmad Sah dan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri