Pawagam Komuniti 24 Jam Pertama di Malaysia
Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto : Mohd Rizal Matasan Warga Papar kini berpeluang menikmati pengalaman menonton di pawagam komuniti yang beroperasi 24 jam pertama seumpama di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinema Sdn Bhd Onn Norshal Hamzah, pawagam rangkaian kelima syarikat itu menawarkan tayangan yang setaraf dengan pawagam-pawagam lain dengan menggunakan sistem teknologi tercanggih setakat ini. RASMI...Tun Juhar menurunkan tandatangan pada plak pawagam sebagai gimik perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni. REBEN...Tun Juhar (tiga dari kanan) yang diiringi Susan (dua dari kiri) dan Armizan (tiga dari kiri) memotong reben. "Dalam era moden ini, kita kebanyakan menggunakan sistem moden dinamakan laser projector yang mana pawagam-pawagam besar pun sedang membuat peralihan kepada sistem ini. "Tetapi untuk 10Star Cinema, kita sudah suda...