Kerajaan Laksana Pelbagai Inisiatif Tingkat SSL

Wartawan      :  Siscalistorina Janius
Jurufoto        : 
Jefren Malaning/ Vicky Sylvester Matanjang/ Mohd Sawan Roslan 


Ranau: Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) hasil pertanian untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi di peringkat MAFFI bagi membincangkan dan menangani isu-isu tentang keterjaminan makanan.



"Pada masa ini Sabah hanya mencapai tahap sara diri sebanyak 22.8 peratus sahaja dan selebihnya masih bergantung kepada bekalan beras dari sumber luar atau beras import dan keadaan cuaca yang tidak menentu amat memberi kesan terhadap hasil pertanian.

"17 April lalu, kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai antara inisiatif meningkatkan pengeluaran serta keselamatan makanan. 
Jeffrey ketika menyampaikan ucapannya.




"Selain itu, pemberian insentif Pembajakan Sawah Padi dengan peruntukan sebanyak RM18 juta juga dilaksanakan dalam Bajet 2024,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Ranau, pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
GIMIK...Jeffrey (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis dengan tujuh kali paluan gong.


Dalam pada itu, Hajiji turut menjelaskan sambutan Pesta Kaamatan merupakan salah satu acara penting kepada rakyat Sabah yang diraikan setiap tahun pada Mei khususnya oleh masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus.

“Pesta Kaamatan ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama sebaliknya juga bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik," ujarnya.


 Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Dan Perikanan, Robert Stidi (kiri) menyerahkan seeds spirit revival sebagai gimik.



Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat.

“Bagaimanapun masih ada suara-suara segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab dengan memperlekehkan dan menyalahkan apa juga usaha-usaha murni kerajaan.

 Jeffrey (tiga dari kiri) bersama dengan Pairin (dua dari kiri) menyempurnakan upacara "Mongomot" (menuai padi).



“Saya yakin rakyat kini lebih matang, tidak mudah terpengaruh dan saya menyeru rakyat untuk terus bersama kerajaan mengekalkan kestabilan politik serta kemajuan ekonomi demi kelancaran pembangunan di negeri Sabah,” ujar beliau.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan empat anugerah khas iaitu Anugerah Khas Usahawan Tani (Salim Gadong),  Anugerah Khas Wanita (Datin Jaini Majid), Anugerah Khas Belia (Azizul Julirin) dan Anugerah Tokoh Luguan Kaamatan Ranau Tahun 2024 (Din@Lubin Solinggong.

LAWAT... Jeffrey sempat melawat ke gerai pameran yang terdapat di majlis tersebut.




KENANGAN...Jeffrey (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama empat penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam,  Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri