10 Ribu Pengunjung Meriahkan Sambutan Pelancaran Kaamatan 2024

 Wartawan     : Deonalissa Jekee Edin
Jurufoto         : 
Vicky Sylvester Matanjang/  Jefren Malaning/ Mohd Sawan Roslan  


Ranau : Kira-kira 10 ribu pengunjung hadir memeriahkan sambutan Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024.


Program berkenaan dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan di Dewan Masyarakat Ranau, pada Rabu.

Persembahan tarian sambut tamu.




HIIS...Persembahan Hiis atau Puisi Sunduan Huminodun oleh 18 pelajar SMK Mat Salleh Ranau.


Persembahan Koir oleh 54 orang ahli kumpulan Good News Melody KDCA Ranau.


Meskipun acara rasmi hanya bermula pada 9.40 pagi, orang ramai dilihat mula membanjiri lokasi sambutan seawal 6.00 pagi.

Bermula dengan dendangan lagu tema Pesta Kaamatan 2024 bertajuk 'Kaamatan Membudayakan Perpaduan', pengunjung disajikan dengan persembahan tarian sambut tamu iaitu tarian Sayau dan Sumirid dari etnik suku kaum Dusun Ranau.

Lapan Bobohizan daripada Kg. Mininsalu mempersembahkan Pasalakoi Do Bambarayon.


MEMUKAU...Persembahan dramatari Huminodun oleh kumpulan Tisakkor memukau pengunjung yang hadir.



 LAMBAIAN...Lambaian daripada Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023, Tati Carol.

Selepas itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan Hiis 'Sunduan Huminodun' oleh 18 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau disusuli persembahan koir lagu 'Tadau Tagazo Do Kaamatan' dan 'Mi-iso Misompuru Id Koubasanan' daripada kumpulan Good News Melody KDCA Ranau.

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Daerah, Tinus Manggam dan ucapan perasmian oleh Jeffrey sebelum menyempurnakan gimik perasmian bersama tetamu jemputan yang lain.

Sambutan kemudian diteruskan dengan persembahan Pasalakoi Do Babarayon oleh lapan orang Bobohizan daripada KDCA Kg. Mininsalu, Ranau dan drama tari Huminodun oleh kumpulan Tisakkor.

 Penampilan khas Tati Fiumie sebelum melepaskan gelaran sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Ranau.


 Penampilan khas Tati Fiumie sebelum melepaskan gelaran sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Ranau.


.Orang ramai mengunjungi gerai-gerai jualan di pekarangan Dewan Masyarakat Ranau.

Dalam majlis berkenaan, turut diadakan gimik penyerahan Seeds Spirit Revival oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Robert Stidi kepada Jeffrey dan gimik penyerahan bakul makanan PETRONAS oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis.

Pada majlis yang sama, juga diadakan penyampaian empat anugerah iaitu Anugerah Khas Usahawan Tani, Anugerah Wanita, Anugerah Khas Belia dan Anugerah Tokoh Luguan Kaamatan Ranau Tahun 2024.

Menutup tirai persembahan, orang ramai dihiburkan dengan penampilan khas Juara Sugandoi Kaamatan Daerah Ranau Tahun 2024, Feli Stacy Paimin dan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023, Tati Carol Abbey Gail.

Antara Pembantu-Pembantu Menteri serta jemputan yang hadir ke sambutan tersebut.


Antara Pembantu-Pembantu Menteri serta jemputan yang hadir ke sambutan tersebut.


Penampilan khas 12 finalis Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Ranau 2024.



Penampilan khas 12 finalis Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Ranau 2024.




Sebelum berakhir, majlis menyaksikan lambaian akhir Unduk Ngadau Daerah Ranau 2023, Tati Fiumie Chang Yee Ann sebelum dipersembahkan dengan penampilan 12 finalis Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Ranau 2024.

Selain acara di dalam dewan, pelbagai gerai jualan kraftangan, makanan dan minuman turut tersedia di perkarangan Dewan Masyarakat Ranau sepanjang sambutan berlangsung./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri