Pawagam Komuniti 24 Jam Pertama di Malaysia

 Wartawan          Zuraidah Ahmad
Jurufoto             : Mohd Rizal Matasan


Warga Papar kini berpeluang menikmati pengalaman menonton di pawagam komuniti yang beroperasi 24 jam pertama seumpama di Malaysia. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinema Sdn Bhd Onn Norshal Hamzah, pawagam rangkaian kelima syarikat itu menawarkan tayangan yang setaraf dengan pawagam-pawagam lain dengan menggunakan sistem teknologi tercanggih setakat ini.
 RASMI...Tun Juhar menurunkan tandatangan pada plak pawagam sebagai gimik perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni.


REBEN...Tun Juhar (tiga dari kanan) yang diiringi Susan (dua dari kiri) dan Armizan (tiga dari kiri) memotong reben.


"Dalam era moden ini, kita kebanyakan menggunakan sistem moden dinamakan laser projector yang mana pawagam-pawagam besar pun sedang membuat peralihan kepada sistem ini.

"Tetapi untuk 10Star Cinema, kita sudah sudah memperkenalkan laser projector dan kita yang terawal di Sabah sekarang ini, sebab itu apabila kita tayang filem-filem ini dia mesti memiliki register digital cinema dan menepati piawaian filem untuk ditayangkan.


CENDERAMATA...Susan (tiga dari kanan) dan Yaacob (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (tiga dari kiri) sambil diiringi Armizan dan Ghulamhaidar (kanan).


Onn Norshal ketika bercakap kepada media.



"Saya boleh memberikan jaminan bahawa teknologi yang kita gunakan hari ini merupakan teknologi yang tercanggih dalam konteks Negeri Sabah dan ia menjanjikan kepuasan dan pengalaman menonton wayang yang sebenar," katanya.

Onn Norshal memaklumkan, bangunan pawagam yang bernilai RM5.5 juta tersebut juga menawarkan tiket berharga di antara RM10 hingga RM18 bergantung kepada filem yang ditayangkan. 

Susan Wong ketika ditemui media.


PERSEMBAHAN...Setiausaha Perhubungan Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir menghiburkan para tetamu dengan tiga lagu. 



Mengulas lanjut mengenai pengoperasian 24 jam, ujar beliau, konsep moden tersebut untuk memenuhi keperluan serta mengikut trend atau gaya hidup masyarakat moden yang kini telah berubah, sekaligus membezakannya dengan pawagam dalam pusat membeli-belah.

"Memang dalam perancangan untuk menjadikan pawagam 24 jam yang pertama di Malaysia cuma buat masa ini, dengan perancangan dengan pihak pemaju kita harus memastikan persekitaran kita dilengkapi juga dengan sokongan lain-lain prasarana.

"Perkara itu apabila lengkap kita akan lancarkan sebagai pawagam yang menawarkan 24 jam dan konsep moden ini bukan seperti pawagam dalam shopping mall, dia di kawasan yang terbuka, jdi dia sentiasa free dan easy untuk masyarakat.

"Waktu bekerja masyarakat sekarang sudah berubah, bukan lagi bekerja mengikut business hours, ada yang pakai syif, bekerja malam, malah ada yang bekerja lewat malam. Jadi, kita harus melihat kepada trend terkini di mana kita bagi masyarakat yang bekerja siang, dia boleh menonton lewat malam dan yang bekerja malam boleh menonton pada waktu siang. 

"Masa operasi buat masa ini bermula pada jam 10 pagi dan dia boleh berakhir sampai midnight. Midnight ini boleh menjadi jam 12 tengah malam ataupun 12.30 malam.

Suasana sekitar majlis perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni.


Suasana sekitar majlis perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni.

"Tetapi kalau filem yang baik dia boleh menjadi double midnight sepertimana yang kita lakukan di Tawau last show boleh sampai 3.00 pagi dan 2.30 pagi bergantung kepada kekuatan filem terutama sekali pada musim perayaan, musim cuti sekolah dia boleh menjadi double midnight ataupun itu yang kita katakan sebagai 24 jam. 

"Apabila sambutan itu ada, dia akan bersambung sebagai contoh certain location yang memulakan tayangan 2.30 pagi dan 3.30 pagi dan next show dia boleh bermula dengan jam 9.00 pagi. Dari situ ada kerapatan masa tayangan dan boleh dikategorikan sebagai 24 jam cuma di lokasi lain ia belum diprogramkan lagi hanya di Papar sahaja," jelas beliau.

Tambah Onn Norshal, berdasarkan kajian yang dijalankan syarikatnya, Papar yang disifatkan sebagai Bandar Satelit akan menjadi persinggahan di antara masyarakat dari selatan ke barat negeri ini dan yakin ada permintaan untuk tayangan 24 jam.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian 10Star Cinema Parklane City Benoni dekat sini, hari ini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ADUN Kawang dan Pengerusi Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAA Berhad Tunku Datuk Yaacob Khyra, Pegawai Daerah Mohd Fuad Abdullah serta ketua-ketua jabatan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong mendedahkan, pawagan bernilai RM5.5 juta terbabit berkapasiti 460 menerusi enam panggung berharap warga Papar akan memanfaatkan peluang tersebut sebaik-baiknya./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri