Program Transformasi Tenaga Kerja Peringkat Negeri Sabah 6 Mei Ini

 Wartawan    : Siscalistorina Janius
Jurufoto        : 
Shahvian Mohd Razali



Kota Kinabalu : Program Transformasi Tenaga Kerja Melalui Latihan, Produktiviti dan Gaji Tahun 2024 Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung 6 Mei ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah, Noraini Ithnin berkata dijangka 200 orang akan menyertai program itu yang merupakan kolaborasi Majlis Perundingan Gaji Negara dan HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia.

"Program tersebut akan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

Noraini ketika ditemui di pejabatnya.

"Manakala, pada sebelah malam akan diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2024 Zon Sabah melibatkan 32 kesatuan yang akan menerima dana kewangan sebanyak RM280 ribu.

"Penerima bantuan terdiri daripada enam kluster iaitu latihan dan program pendidikan, kajian pergerakan kesatuan sekerja, penulisan ilmiah isu-isu perburuhan berkaitan kesatuan kekerja, pembelian peralatan ICT, pembangunan modul E-learning berbentuk video simulasi serta pembelian insurans kelompok kali pertama.

Noraini (kanan) menyerahkan cenderakenangan kepada Jainisah.

KENANGAN... Jainisah (empat dari kiri) bersama Noraini (tiga dari kanan) bergambar kenangan dalam kunjungan tersebut.



"JHEKS menyelaras sebanyak 136 kesatuan di Sabah meliputi hal- hal berkaitan peruntukan undang-undang dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 terutama dalam hal - hal pentadbiran dan kewangan kesatuan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, pada Isnin.

Suasana ketika perjumpaan berlangsung di JHEKS.


Suasana ketika perjumpaan berlangsung di JHEKS.




Beliau ditemubual media selepas perjumpaan bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor yang membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran program bersama dan membantu dalam menyebar luas fungsi JHEKS Sabah kepada orang ramai.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan Kesatuan Sekerja Wilhelmina Janing, Pegawai Kesatuan Sekerja Ahmad Shahrizat Amrin,  Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Dr. Diana Dominic dan KPP Bahagian Media Siber JaPen, Geraldine Voo Yee Wen./Penerangan-

Suasana ketika perjumpaan berlangsung di JHEKS.


Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri