Komited Bantu Sabah Atasi Isu Keselamatan, Tenaga

 Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto        : 
Mohd Rizal Matasan



Kota Kinabalu: Kesatuan Eropah (EU) komited membantu kerajaan Sabah mengatasi masalah berkaitan keselamatan, tenaga serta memperkasakan ekonomi hijau.

Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata demikian ketika kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bertempat di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai sesi kunjungan hormat terbabit, Rokas menyifatkannya sebagai satu pertemuan bermakna bagi memahami beberapa cabaran berkaitan keselamatan tenaga dan ekonomi hijau yang dihadapi kerajaan negeri.

"Ia merupakan satu penghormatan kepada saya untuk bertemu dengan Tun (Juhar). 

Rokas ketika ditemui media.


"Dengan kebijaksanaan beliau, ia amat membantu saya sebagai duta ke Malaysia untuk mendapat kefahaman lebih baik mengenai cabaran yang dihadapi Sabah.

"Kami boleh membantu negeri ini dalam keutamaan matlamatnya iaitu keselamatan tenaga, masalah sisa ekonomi pekeliling, dan sudah tentu ekonomi hijau," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Rokas, pihaknya untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada kerajaan negeri di samping turut menyokong sebarang projek khusus berkaitan dua perkara terbabit.

Tun Juhar (kanan) menerima cenderamata daripada Rokas.


"Jadi dengan sesi kunjungan hormat ini, saya akan meneliti apa yang kami boleh lakukan (berdasarkan) perbincangan saya bersama Yang di Pertua, beliau berasa gembira dengan rancangan terutamanya melibatkan pengurusan sisa, pencemaran plastik dan juga tenaga hijau," jelas beliau.

Disamping itu, Rokas turut memaklumkan pihaknya mengumumkan sebanyak 6,000 Euros untuk membantu komuniti tempatan Sabah./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri