NGO Muslim Sabah Disaran Selaras Aktiviti-Pengarah JHEAINS

 Wartawan        :  Hamidah Len
Jurufoto            :  
Merusin Minuddin


Kota Kinabalu :  Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim di Sabah disaran menyelaraskan semua perancangan aktiviti bagi mengelakkan pertindihan.


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Abdul Ghani berkata terdapat banyak NGO Muslim yang hebat di negeri ini yang menjalankan pelbagai program kebajikan.

Jumain ketika berucap di Majlis Hari Raya Aidilfitri NGO-NGO Islam di Sabah.


"Kita tahu di Sabah terdapat NGO yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menjalankan program  kemanusiaan, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya tetapi adalah lebih baik sekiranya NGO be
rjalan dengan aktiviti yang dirancang bersama NGO lain supaya tiada pertindihan atau pembaziran.


Jumain ketika ditemui media.

"Alhamdulillah, terdapat kebersamaaan 15 NGO yang bernaung dibawah Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS).

"Namun, ada beberapa NGO yang masih bersendirian dan kita mengharapkan mereka berdiri dalam satu wadah sama ada diketuai oleh NGO yang lebih berpengalaman atau NGO lain yang boleh menyelaraskan program NGO kecil," katanya ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri NGO-NGO Islam di Sabah, pada Rabu.

Jumain (dua kiri) dan Bungsu (tiga kanan) ketika pelancaran Tabung MyCare.


Pada majlis yang dianjurkan 10 NGO Muslim itu, turut dilancarkan Kempen Kenalkan Al-Quran dan Tabung Sumbangan Kepada Gaza (MyCare) yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Jumain juga memaklumkan pihak JHEAINS akan mengambil inisiatif menghimpunkan NGO agar gerak kerja dapat diatur bersama khususnya program dakwah dan aktiviti selaras di peringkat negeri terutamanya dari aspek bantuan kerajaan.


Jumain (depan, kiri) dan Bungsu (tiga kanan) ketika melancarkan Kempen Kenalkan Al-Quran.




 Para pengerusi NGO Muslim bergambar kenangan bersama Jumain (empat kiri) dan Bungsu (lima kanan).

"JHEAINS boleh menjadi perantara kepada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada NGO khususnya yang berteraskan penganjuran aktiviti-aktiviti berupa dakwah.

"Saranan kepada NGO Muslim teruskan aktiviti-aktiviti yang dirancang, walau bagaimanapun perlu ada satu mesyuarat penyelarasan atau jawatankuasa agar program dirancang tidak bertindih antara satu sama yg lain," ujarnya.

 Jumain (kanan) dan Sylvester (dua kanan) menyambut ketibaan Bungsu.


Sylvester (kanan) dan Bungsu (dua kanan) semasa acara penyampaian duit raya kepada kanak-kanak di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS.



Turut hadir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, Pengerusi GDM Sabah, Datuk Dr. Minggu Jumaan dan Pengerusi MACMA Sabah, Ritchie Joy Cheng./Penerangan-




Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri